Berita Gembira Ryan Reynolds!

Berita

Berita Gembira Ryan Reynolds!

239

The cat is out of the bag!

 

 

Pelakon Deadpool Ryan Reynolds mengesahkan jantina anak keduanya yang baru sahaja disambutnya bersama isteri, Blake Lively Sabtu lalu. Dalam temu duga rancangan Conan, Ryan telah mengejutkan peminat dengan pengumuman bahawa jantina anak keduanya ialah perempuan! Namun, Ryan tidak mendedahkan akan nama bayi berusia hanya 5 hari itu.

 

 

Bulan lepas, Ryan memberi petunjuk akan jantina zuriatnya di laman sosial Twitter. “The mobile above my daughter’s crib is just a whole bunch of NuvaRings. So she remembers how lucky she is”, katanya pada 21 Oktober.

 

Pasangan Hollywood yang suka bersendiri akan perihal peribadi itu mendirikan rumah tangga secara rahsia di kota Paris pada tahun 2012. Awal tahun lalu, ibu bapa terhangat dunia hiburan ini menyambut kelahiran puteri pertama mereka, James.

 

 

Tahniah buat kedua-dua mereka!

 

 

Oleh: Aizat Azman Shah

Your email address will not be published. Required fields are marked *