Most GLAM: Merai Wanita Paling Glamor Malaysia Sejak 2005

GLAM Societe

Most GLAM: Merai Wanita Paling Glamor Malaysia Sejak 2005

186

Bermula sebagai majalah berteraskan fesyen, kecantikan dan gaya hidup, GLAM mula menemui pembaca apabila isu pertamanya diterbitkan pada tahun 2004. GLAM yang merupakan singkatan kepada Gaya Lebih Anggun Mewah dicipta buat memenuhi kehendak pasaran yang mahukan bahan bacaan yang santai namun sarat pengisian juga mengangkat aras cita rasa masyarakat ke peringkat lebih tinggi dengan menggabungkan jenama mewah sebagai lambang gaya hidup terungul.

 

Tatkala perkataaan ‘glam’ serta ‘glamor’ dicanang tanpa henti, secara semulajadinya kami terus menganjurkan senarai eksklusif saban tahun yang mengumpulkan nama-nama wanita paling glamor. Pilihan wanita yang dipaparkan dari muka hadapan hinggalah ke rencana di dalam membawakan seleksi selebriti kelas A, sosialit, pemain industry, philantrophist juga usahawan ternama.

 

Antara wajah-wajah yang terpilih untuk menghiasi edisi Most GLAM.

 

Memasuki tahun kedua GLAM mula memperkenalkan senarai wanita Most GLAM yang mengangkat barisan wanita dalam pencapaian dan usaha yang mereka jalankan sepanjang tahun. Senarai bermula dengan 20 wanita terpilih dan menyaksikan dominasi selebriti popular di samping mereka yang sering menghadiri majlis social sekitar ibu kota. Lebih menarik lagi setiap tahun, konsep berbeza diperkenalkan sama ada untuk sesi penggambaran mahupun untuk cara sambutan Most GLAM yang berlangsung sekitar hujung tahun. Jika dahulu isu ini tampil menemui pembaca pada bulan Disember, pembaharuan turut dilakukan dengan merubah bulan pilihan ke bulan November untuk memberi kepada kandungan yang berpadanan untuk menutup isu setiap penghujung tahun.

Konsep berbeza diterjemahkan untuk setiap penggambaran Most GLAM.

 

Pada tahun 2015, senarai ini mula diperbaharui dengan hanya menampilkan barisan 10 wanita sebagai Most GLAM. Barisan wanita yang dipilih ini mempunyai persamaan dari beberapa aspek seperti mempunyai pengaruh media sosial,  kelompok usahawan dalam produk berbeza, juga selingan selebriti yang berjaya menghasilkan karya yang meninggalkan impak untuk tahun tersebut. Semestinya wanita-wanita yang dipilih ini mampu menjadi aspirasi buat wanita lain selain kegigihan melakar kejayaan yang tanpa henti.

 

Jika anda peminat tegar GLAM sejak 2004, tentu anda masih ingat lagi antara isu ikonik Most GLAM dan senarainya. Bagi merai era kegemilangan Most GLAM, nantikan lagi kisah-kisah menarik di masa akan datang di GLAM.MY kerana GLAM bakal revisit wanita-wanita yang pernah tersenarai dalam Most GLAM untuk perkembangan terbaru mereka!

Your email address will not be published. Required fields are marked *