Pereka Fesyen Selebriti Rizman Nordin Bersatu Jiwa Dengan Nurida Suraya

Cantik, Personaliti

Pereka Fesyen Selebriti Rizman Nordin Bersatu Jiwa Dengan Nurida Suraya

104

Perkenalan dua tahun akhirnya membawa ke momen magis lagi indah apabila hari ini bersamaan 13 September 2019, pereka fesyen selebriti terkenal lagi tersohor, Rizman Nordin akhirnya melangsungkan majlis pernikahannya dengan pilihan hati, Nurida Suraya. Dengan sekali lafaz, Nurida kini milik Rizman pada majlis pernikahan penuh romantis dan indah di Glasshouse, Seputeh KL.

Rizman yang berusia 35 tahun memilih suri hatinya, iaitu seorang ahli peniagaan jelita Nurida Suraya selepas mengenali hati budi masing-masing lebih setahun lalu. Jelas Rizman, “Alhamdulillah, sudah sampai masanya untuk saya menamatkan zaman bujang. Perasaan gembira sukar digambarkan kerana segalanya berubah apabila kita bertemu dengan orang yang tepat dalam hidup kita.

Pada majlis itu, Rizman menyerahkan mas kahwin RM300 dan sebentuk cincin, namun jumlah wang hantaran dirahsiakan. Putij salju menjadi warna tema majlis ini dan sudah pasti kelihatan ramai rakan selebriti turut hadir meraikan momen indah pasangan ini. Antara yang hadir Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Nur Fazura, Fattah Amin, Erra Fazir dan ramai lagi.

We are so happy for you both and congrats again from us here in GLAM! 

Sumber foto: Rizman Nordin dan http://infosebenar.com

Your email address will not be published. Required fields are marked *