“Saya Pasang Impian Mahu Menjadi Atlet Professional” – Siti Safiyah

Gaya Hidup, Personaliti

“Saya Pasang Impian Mahu Menjadi Atlet Professional” – Siti Safiyah

156

Jika dahulu nama Shalin Zulkifli sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan keunggulan sukan tenpin boling, kini kita memiliki barisan pelapis yang giat mengasah bakat untuk terus menaikkan nama Malaysia dalam arena sukan yang sama.

Dress skarf sutera Salvatore Ferradamo bersama tas dan topi Gucci menjadi pilihan bersama gabung singlet dan seluar tight Under Armour juga but tumit tinggi Kittie Yiyi

Siti Safiyah merupakan salah seorang daripada kumpulan pemain boling Negara yang kini menjadi wajah-wajah baru yang digilap untuk terus mengangkat nama Malaysia dalam arena ini. Menyatakan ibu bapa sebagai pengaruh utama yang membuka minatnya di dalam bidang ini kerana mereka juga bermain sukan boling.

Ia bermula ketika berusia sembilan tahun kerana mereka turut terlibat dalam permainan liga yang berlangsung secara mingguan. Biarpun sudah lama bermain sukan tenpin boling ini namun Safiyah masih perlu berdepan dengan beberapa cabaran antaranya mengenai stamina.

“Pada pendapat saya cabaran yang saya hadapi sebagai atlet wanita adalah lebih kepada stamina. Stamina bagi atlet wanita tidak seperti atlet lelaki, untuk itu kami perlu meningkatkan lagi usaha untuk memastikan stamina yang kami miliki cukup untuk menghadapi acara-acara besar dan latihan yang perlu dilalui.”

Berbicara mengenai perancangan masa hadapan, Safiyah menyatakan dia memasang impian untuk menjadi atlet professional secara sepenuh masa yang berpangkalan di Amerika Syarikat juga dalam masa sama memenangi lebih banyak pertandingan lantas mengharumkan lagi nama Malaysia di persada dunia.

*Artikel ini disiarkan dalam GLAM edisi Januari 2019

Your email address will not be published. Required fields are marked *