Poova – Artis Baru Terbaik di Anugerah Industri Muzik
Closet Confidential
Kembara Fesyen: Thanuja Ananthan
Sembang Raya Bersama Calvin Thoo
10 Soalan Bersama Datuk Yasmin Yusuff
Home > Uncategorized > Oscar de la Renta Meninggal Dunia

Oscar de la Renta Meninggal Dunia

Pereka fesyen busana indah Oscar de la Renta dilaporkan meninggal dunia di usia 82 tahun. Menurut pelbagai sumber, de la Renta meninggal dunia pada malam Isnin setelah sekian lama bertarung dengan kanser.
 

NY: ARMANI – ONE NIGHT ONLY NYC Gambar: TPGVIP

 
Dewasa ini, busana Oscar de la Renta menjadi antara pilihan selebriti di acara karpet merah kerana estetika feminin serta romantik yang disuntik elemen glamor. Terkini, busana pengantin isteri kepada George Clooney iaitu Amal Alamuddin merupakan hasil rekaannya. Minggu lalu menyaksikan rumah fesyen itu melantik Peter Copping sebagai pengarah kreatif pertama bagi jenama itu.