Home > Uncategorized > “Bila saya dah bersara, Bandar Kuching menjadi pilihan saya”- Didi Dayang
“Bila saya dah bersara, Bandar Kuching menjadi pilihan saya”- Didi Dayang
Konsep & Penata Gaya: Cheah Wei Chun CLANHOUSEONLINE.COM
Gambar: Bustamam Mokhtar
Solekan: KF Bong Menggunakan Shiseido
Dandanan: Olivia Ooi Menggunakan Keratase
See Also
Teks & Penyelaras: Amira Azman dan Zuhairie Sahrom
Cantik! Ungkapan pertama terpacul daripada mulut ini melihat figura yang hadir ke studio pada pagi itu. Mesra dipanggil Didi atau nama sebenarnya Didi Dayang Compton Moggie- Arriega, dia hadir begitu bersahaja mengenakan jean koyak yang dipadankan bersama T-shirt longgar.
Didi merupakan jurutari kini bekerja di dalam bahagian perhubungan awam juga pemasaran bersama jenama barang kemas mewah Mouawad. Didi juga merupakan seorang model bebas aktif dengan aktiviti yoganya.
“Saya sangat minat dengan seni tari. Sejak kecil lagi saya duah ke kelas menari. Pelbagai genre yang saya cuba termasuklah tradisional melayu. Saya juga pernah mengikuti kelas luncur ais di Sunway Pyramid dan pernah juga memenangi beberapa pingat di acara pertandingan.” ujar Didi tersenyum manis.
Berusia 24 tahun, dia kini menetap di Kuala Lumpur. Ibunya kacukan Iban dan New Zealand manakala ayah pula campuran Indonesia dan Itali. Meski tidak dibesarkan di Sarawak tetapi ibunya pernah menetap disana. “Ibu saya menetap di Sarawak tetapi saya pula tinggal di Kuala Lumpur waktu itu,” beritahu Didi yang pernah menyambung pelajaran di New York selama empat tahun.
Meski tidak membesar di sana tentu banyak kenangan manis setiap kali anda pulang ke Sarawak untuk bertemu sanak saudara di sana, tanya saya? “Well, I don’t go back to Sarawak every year for the Gawai celebration. Saya selalunya pulang beberapa tahun sekali. Saya seronok kerana tahun ini saya berpeluang pulang menyambut Hari Gawai pada Jun yang lalu.”
Begitu bersungguh Didi menceritakan kepada saya bagaimana perasaannya ketika berkumpul bersama keluarga juga sanak saudara di kala perayaan itu yang disambut penuh meriah. “Seronok dan gembira sekali kerana semua dapat berkumpul bersama-sama di rumah panjang bersama seluruh keluarga besar kami. Upacara minum air tuak juga menggerunkan saya. The taste of Tuak? Some can be very good and some not! Ini kali kedua saya pulang untuk menyambut Hari Gawai,”
“Kali pertama? Sepuluh tahun yang lalu! Ketika itu saya masih kecil dan tidak mengerti apa itu Hari Gawai. Saya tidak suka dengan idea di mana mereka meraikannya pada lewat 12 malam hingga lapan pagi!” cerita Didi. Tetapi kini apabila dewasa, barulah dia tahu bagaimana ia disambut dan dia sudah boleh menerimanya dengan hati terbuka.
Menurut Didi lagi, dia hanya pulang ke rumah panjang di Sibu sekali sekala. Dia lebih banyak menghabiskan masa di Kuching kerana keluarga rapat juga teman-teman keluarga semuanya menetap di sana. ” Saya sukakan kota Kuching. Bandaraya kecil, nyaman dan yang seronoknya tiada kesesakan lalu lintas. And everything is five to ten minutes away! Sungguh berbeza dengan Kuala Lumpur.”
Jika suatu hari nanti dia ada keluarga sendiri dan ingin menghabiskan masa tidak lagi bekerja , dia mahu memilih Kuching sebagai lokasi untuk memulakan hidup baru. “Maybe not now but if I do, it will definitely be for when I retire. Bandar Kuching menjadi pilihan saya,” bual Didi mengakhiri bicara.
Related Stories
12 RONA GINCU BUAT 12 KARAKTER
BY Ai Nazmi Norzaid
Dec 21, 2017
Model Hamil Di Atas Pentas Victoria’s Secret...
BY Ai Nazmi Norzaid
Dec 21, 2017
27 Club: Bintang Terkenal Yang Mati Pada Usia 27
BY Ai Nazmi Norzaid
Dec 20, 2017
Nasib Seorang Gadis Yang Hidup Sebagai Doppelgäng...
BY Ai Nazmi Norzaid
Dec 08, 2017
Braun Büffel Anjurkan Acara Kebajikan & Harg...
BY Ai Nazmi Norzaid
Dec 08, 2017
Pembukaan Kiosk Terbesar Calvin Klein Watch + Jewe...
BY Ai Nazmi Norzaid
Dec 01, 2017
10 Penyanyi Wanita Dengan Bayaran Tertinggi Di Dun...
BY Ai Nazmi Norzaid
Nov 23, 2017
Your Next Read
Destinasi – Rasa Fusion di Nero-Nero
BY Nadia Zolkifli
Jan 31, 2018
GLAM Next Face 2018 – Voting!
BY Maria Hanim
Jan 30, 2018
Kendall Jenner Tidak Senang Hati Dengan Hubungan S...
BY Ai Nazmi Norzaid
Jan 30, 2018
Kediaman – Simfoni Dekorasi
BY Nadia Zolkifli
Jan 30, 2018
Trend – Simbolisme Kesejahteraan & Keme...
BY Nadia Zolkifli
Jan 30, 2018
Penginapan Wajib Pilih Ketika Di Pulau Mutiara
BY Marini MZ
Jan 30, 2018
GLAM Beauty Awards 2018
BY Harissa Qistina
Jan 29, 2018
Tatarias Wajah Paling Menawan Atas Karpet Merah Gr...
BY Ai Nazmi Norzaid
Jan 29, 2018
Seri Karpet Merah Grammy Awards 2018 Dengan Fesyen...
BY Ai Nazmi Norzaid
Jan 29, 2018
Kediaman – Antik Metropolitan
BY Nadia Zolkifli
Jan 29, 2018
Koleksi Eksklusif Bernada Romantik Fendi Buat St. ...
BY yong sufia
Jan 26, 2018
Nafas Baru Clare Waight Keller Mengangkat Status G...
BY Ai Nazmi Norzaid
Jan 26, 2018
Selami Sebalik Tabir Magis Minggu Fantasi Adi Busa...
BY Ai Nazmi Norzaid
Jan 26, 2018
Keunikan Gaya Jalanan Gadis Paris Sepanjang Paris ...
BY Ai Nazmi Norzaid
Jan 26, 2018
Kim Kardashian Dan Kanye West Sudah Mula Merancang...
BY Ai Nazmi Norzaid
Jan 25, 2018
