Angelina Jolie Bersuara Mengenai Perpisahannya Bersama Brad Pitt
Gaya Dekorasi & Perabot Popular 2016
GLAM PROMOSI – NOV 2016
Kendall Jenner Kembali Membidas Kritikan Terhadap Model Generasi Millennial
TOD’s Ambil Bahagian Dalam Pemulihan Colosseum
Home > Uncategorized > Kisah Percintaan Jennifer Lawrence & Chris Pratt

Kisah Percintaan Jennifer Lawrence & Chris Pratt

https://www.instagram.com/p/BKCMi87hdRF/?taken-by=passengersmovie
 
Filem sains fiksyen terbaru, Passengers yang bakal ditayangkan pada 21 Disember menampilkan Jennifer Lawrence dan Chris Pratt sebagai pelakon utama. Antara babak yang menjadi bualan ramai dalam trailer filem tersebut adalah ciuman antara Jennifer dan Chris.
 
https://www.instagram.com/p/BKjGew5hfpT/?taken-by=passengersmovie
 
Passengers adalah sebuah filem yang ditulis oleh Jon Spaihts dan Morten Tyldum sebagai pengarah. Ia mengisahkan tentang perjalanan 120 tahun sebuah kapal angkasa “Starship Avalon” ke planet baru yang dinamakan “Homestead II”. Walaubagaimanapun, Jim (Chris) dan Aurora (Jennifer) terjaga dari pod hibernasi 90 tahun lebih awal dari jangka masa yang sepatutnya.
 
Ketika pasangan ini cuba mencari jawapan disebalik kerosakan pod hibernasi mereka, hubungan mereka diuji dengan rahsia kebenaran disebalik perkara tersebut dan masalah yang bakal dihadapi kapal angkasa Starship Avalon.