Spice Girls Bakal Kembali Sebagai GEM?
Chloë Grace Moretz Memohon Maaf Berkenaan Poster Filem Terbarunya
Kardashian Kecewa Dengan Revenge Porn Yang Dikongsikan Rob
Gigi Hadid Memohon Maaf Untuk Impresi Melania Trump
Kolaborasi Dinanti-nanti GUE$$ x A$AP Rocky!
Home > Uncategorized > Self-Portrait Tercalon Buat British Fashion Awards

Self-Portrait Tercalon Buat British Fashion Awards

https://www.instagram.com/p/BEPV1qssYsm/?taken-by=mrselfportrait&hl=en
 
Pereka fesyen tanah air disebalik label Self-Portrait iaitu Han Chong tercalon sebagai salah seorang British Emerging Talent untuk The Fashion Awards 2016.

Han Chong bertanding dengan empat individu lain iaitu Alessandra Rich, Charles Jeffrey, Faustine Steinmetz dan Molly Goddard dalam kategori yang sama.

 

Feminin, terperinci dan kontemporari, rekaan Self-Portrait diminati selebriti A-List seperti Reese Witherspoon, Kendall Jenner dan Miranda Kerr. Ia juga dilaporkan antara jenama paling laris di Net-A-Porter.

 

Seramai 1,500 orang dari industri fesyen dari 41 negara terlibat dalam pemilihan anugerah tahun ini dan sebanyak dua kategori baru akan dipertandingkan iaitu International Model dan International Accessories Designer.

 

Pemenang akan diumumkan pada 5 Disember di Royal Albert Hall, London dalam sebuah gala majlis amal. Lima anugerah penghormatan juga akan diberikan di majlis tersebut.