5 Langkah Mudah Kamar Mandi Tanpa Cela
Cabaran Hebat Hot Wheels Untuk Ibu Dan Anak
Bual Deko bersama Rozita Che Wan
Longines Memperkenalkan Koleksi “Record” Sempena Ulangtahun Ke-185
Trend – Warna UltraViolet untuk 2018
Home > Uncategorized > Eropah Moden

Eropah Moden

Penyelaras : Suhana Desa

Teks : Nadia Zolkifli

Arahan Seni : Afiq Khairudin

Video : Dennis Kho

 

Dominasi palet monokrom, kelabu cerah bertemankan aksesori perak dan keluli legap tegar menguasai ruang-ruang yang ada di kediaman berstruktur teres tiga tingkat ini. Reka pelan ruang lantai di aras bawah kediaman; dipecahkan kepada dua bahagian ruang tamu, ruang makan utama, dapur kering dan basah dan bilik tetamu. “Laurea dipertanggungjawabkan merias semula kediaman ini yang telah didiami selama setahun sebelum diubah suai. Kami tidak mengubah langsung struktur asal kediaman kecuali di bahagian dapur kering, ruang parkir dan tangga,” beritahu pengasas jenama Laurea, Siti Hawa Ismail.