Amy Schumer Bakal Bintangi Filem Barbie
Valentino Mahu Membeli Balmain Dengan Harga €500 Juta
Gigi Hadid Hamil, Apa Kata Ibunya?
Donna Karan Undur Diri
Lebih Butiran Mengenai Ella Clooney & Alexander Clooney
Home > Uncategorized > Spice Girls Bakal Kembali Sebagai GEM?

Spice Girls Bakal Kembali Sebagai GEM?


 

Disebalik desas-desus mengatakan kumpulan pop 90-an kegemaran ramai Spice Girls bakal bersama semula untuk satu jelajah comeback, single terbaru yang dinyanyikan oleh Melanie “Scary Spice” Brown, Geri “Ginger Spice” Halliwell dan Emma “Baby Spice” Bunton yang bertajuk ‘Song For Her’ telah “dibocorkan”?

 

Beberapa bulan yang lalu, tiga daripada lima ahli kumpulan Spice Girls akan membuat kemunculan semula sebagai GEM dan ianya masih belum disahkan oleh pihak mereka. Tetapi nampaknya GEM mungkin is the real deal.

 

Lagu bernada R&B dan ringan itu diperkatakan mempunyai kaitan dengan kehidupan tiga ahli Spice Girls ini menyampaikan pesanan untuk wanita-wanita yang telah “kehilangan” diri mereka yang care-free disebabkan tanggungjawab meningkat dewasa masa kini untuk tidak melupakan gadis yang ada di dalam diri mereka.

 

“Where is that girl, is she long gone missing? / Can’t bring her back, but it’s just reminiscing / There in the mirror, she’s shouting ‘I’ve been here forever,’” antara bait-bait lirik di dalam lagu ‘Song For Her’ itu.

 

Peminat-peminat masih lagi kebingungan dengan apa yang akan dirancangkan untuk mereka oleh GEM semenjak membuat pengumuman tersebut pada bulan Julai yang lepas bersempena ulang tahun ke-20 kumpulan fenomena tersebut. We’re crossing our finger for more good news!

 
https://www.instagram.com/p/BHlrOAHBOgh/
 

Oleh: Ai Nazmi Norzaid