GLAM Deko Destinasi – Tanggam Design Centre
Ditubuhkan atas usaha Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), Tanggam Design Centre, membawa objektif untuk mempromosikan imej perabot Malaysia. Tanggam juga dilihat sebagai pemangkin peralihan industri reka bentuk perabot negara ke peringkat global.
Selain berfungsi sebagai ruang pamer dan menjual hasil kerja-kerja pereka tempatan, Tanggam turut menyediakan pelbagai kemudahan pembelajaran dan bengkel kepada awam. Menakluki tiga aras bangunan dalam suasana serba moden komprehensif, terdapat ruang studio boleh disewa, bilik mesyuarat, pusat penyelidikan dan perpustakaan dengan lebih 1,000 sumber material untuk digunakan. Ruang studio dilengkapi ruang kerja, komputer, pencetak, Design Software serta akses internet. Pereka juga boleh mendapatkan khidmat nasihat pakar daripada kumpulan pereka berpengalaman dalam bidang reka bentuk perabot dan kerja-kerja berkaitan.
Tanggam Design Centre bertapak di No. 16, Jalan PJU 5/5, Dataran Sunway, Kota Damansara. Maklumat lanjut ada di www.tanggam.my
See Also
GLAM Deko Personaliti – Projek Kediaman Ellen DeGeneres
GLAM Deko Promosi – Menangi Set Alas Quilt tajaan Laurea Home Furnishing
Solusi Terbaik Menguruskan Badan
GLAM Deko Elemen – Ilham Flora Oriental
GLAM Deko Santai bersama Dato’ Aliff Syukri & Datin Shahida Mohd Rashid
Istimewa – Inovasi Peti Sejuk Mitsubishi Electric
Tanggam Design Centre

Tanggam Design Centre
