Dunia Fesyen Bersuara Tentang Melania Trump
Marc Jacobs Dihentam Kerana Gaya Rambut Dreadlocks di Minggu Fesyen New York
Britney Spears Membuktikan Dia Boleh Menyanyi Live
Rihanna Dikritik Oleh Netizen Kerana Foto Ratu Elizabeth
L’Oreal Paris Rai Wanita Hebat Malaysia
Home > Uncategorized > Kendall Jenner Kehilangan Barang Kemas Bernilai $200,000

Kendall Jenner Kehilangan Barang Kemas Bernilai $200,000

Foto: Mehdi Taamallah/NurPhoto

Lebih kurang enam bulan selepas kejadian rompakan yang mengejutkan Kim Kardashian di Paris pada Oktober tahun lepas, adiknya Kendall Jenner pula menjadi sasaran perompak.

 

Namun laporan daripada pihak polis di sana mengatakan ini bukan satu rompakan tetapi kehilangan akibat orang dalam.

 

Jenner melaporkan kehilangan beberapa barang kemasnya (bernilai dalam $200,000) selepas beberapa jam berada di rumahnya di Hollywood.

 

Pihak polis juga melaporkan bahawa Jenner meninggalkan beberapa orang temannya di rumah sebelum pulang semula dan mengenal pasti kehilangan barangan miliknya.

 

Sumber turut menyatakan bahawa tidak ada sebarang kesan pecah masuk di sekeliling rumah Jenner.

 

Mengikut laporan CBS Los Angeles, kes Jenenr ini merupakan salah satu daripada kes rompakan yang berlaku pada selebriti-selebriti di Hollywood baru-baru. Alanis Morisette kehilangan barang kemas bernilai hampir $2 juta pada bulan Februari dan Nicki Minaj mengalami kerugian sebanyak $200,000 selepas rumahnya dirosakkan oleh individu-individu tidak dikenali.