Shailene Woodley Guna Tumbuhan Sebagai Gincu
Rahsia Wangian Kekal Abadi
Beauty Muses Sekarang
Lea Seydoux Bintangi Kempen Wangian Pertama Louis Vuitton
10 Tip Kembara Cantik
Home > Uncategorized > Rahsia Kecantikan Daripada Ikon Kecantikan: Marilyn Monroe

Rahsia Kecantikan Daripada Ikon Kecantikan: Marilyn Monroe

Ramai yang sudah cuba untuk menghasilkan semula stail, kecantikan, dan glamor Marilyn Monroe dengan rambut perang platinum dress putih ikonik Monroe, dan solekan sensualnya, namun there can only be one Marilyn Monroe.

 

Rutin kecantikan Monroe sering dikongsikan oleh mereka yang mengenali dirinya dan lazim juga dia sendiri yang berkongsikan tips-tips kecantikannya.

 


 

Monroe menerangkan rona rambutnya sebagai “pillow case white.” Dengan bantuan daripada pasukan pendandan rambutnya sperti Kenneth Battelle, Gladys Rasmussen, dan Pearl Porterfield telah menggunakan peroksida dan peluntut ke atas rambut Monroe setiap tiga minggu untuk mengekalkan rona yang spesifik itu. Monroe juga dikatakan cuba untuk tidak membasuh rambutnya dengan kerap dan sebaliknya menggunakan Bedak Bayi Johnson’s.

“In Hollywood, a girl’s virtue is much less important than her hairdo.”