Rahsia Kecantikan Yasmin Hani
17 Selebriti Tampil Menawan Tanpa Solekan
Kylie Jenner Meluaskan Empayar Kosmetiknya
Glow-In-The-Dark Gaya Rambut Baharu?
MAC Bakal Melancarkan Gincu Kilauan Metalik Musim Luruh Ini
Home > Uncategorized > Kempen Terbaru SK-II Menampilkan Victoria’s Secret Angel Behati Prinsloo

Kempen Terbaru SK-II Menampilkan Victoria’s Secret Angel Behati Prinsloo

Menempa nama sebagai model pertama yang menandatangani kontrak bersama Victoria’s Secret PINK sebelum menjadi model sepenuh masa untuk jenama ikonik itu, Behati Prinsloo kini mula menempa nama dalam industri kecantikan dengan kempen kecantikan pertamanya bersama jenama besar SK-II.

 

Prinsloo bersama-sama dengan pelakon Li Qin dan penyanyi Choi Soo Young akan membintangi kempen #onebottleawayfrom di mana mereka akan mendokumentasikan proses perubahan kulit mereka dengan produk penjagaan kulut SK-II.

 

“Saya sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripada kempen ‘One Bottle Away From.’ SK-II adalah satu jenama penjagaan kulit yang ikonik, dan untuk saya yang diberi peluang ini merupakan satu kehormatan. Saya percaya bahawa ramai gadis-gadis di luar sana yang ingin menjadi sebahagian daripada perkara yang kita percayakan,” nyata model itu.

 

Kempen ini merupakan projek terbaru Prinsloo selepas dia melahirkan Dusty Rose pada September tahun lalu.