Neutrogena Menamakan Nicole Kidman Sebagai Duta Global
Cara Gayakan Rambut Pendek
Marc Jacobs Rias Wajah Anna Faris di Emmy Awards
Highlighter Ibarat Magis Berbentuk Hati
Tips Untuk Rambut Anda Daripada Instagram
Home > Uncategorized > Cara Delevingne Menjadi Muka Terbaru Rangkaian Kecantikan Dior

Cara Delevingne Menjadi Muka Terbaru Rangkaian Kecantikan Dior

Siapa sangkakan model, pelakon, dan penulis Cara Delevingne yang menjadi popular dengan dek kerana bulu keningnya kini telah terpilih untuk menjadi duta kempen kecantikan terbaru Dior?

 

Foto Armando Gallo via ZUMA Studio

Dior telah mengumumkan penglibatan Delevingne untuk rangkain produk anti-penuaan mereka “Capture Youth.”

 

Delevingne telah dipilih untuk mendepani kempen ini kerana aura dan pengaruhnya kepada golongan wanita yang menyukai sifat berani dan komitmennya.

 

Anda mungkin berfikir bahawa Delevingne hanya berusia 25 tahun kenapa dia perlu risau akan kesan penuaan? Usah risau. Produk terbaur Dior ini tidak sama dengan pengeluarannya sebelum ini di mana kumpulan sasaran mereka adalah wanita dalam lingkungan umur 40-an sehingga 50-an. Untuk Capture Youth pula, kumpulan sasaran mereka adalah lebih muda dan berada dalam lingkungan umur 30-an bagi mendidik mereka dalam kumpulan ini supaya mengambil langkah berjaga dari awal dan mengurangkan kesan penuaan yang drastik.