Destinasi Percutian Pada Musim Panas

Oleh: YUSAIRI FITRI
Percutian pada musim panas menjanjikan suasana yang berbeza. Lokasi pantai menjadi pilihan di kala musim panas. Dengan hamparan pasir putih dan desir ombak yang tidak pernah putus pastinya akan membuatkan anda tergoda. Nikmati pengalaman terbaik sun soaked bersama seleksi destinasi yang terhebat.
 

bora bora hilton

Gambar: Arkib GLAM


 
bora bora 2

Gambar: Arkib GLAM


 
Godaan Bora Bora

Jika anda pernah menonton aksi komedi romantik lakonan Vince Vaughn’s dalam filem Couples Retreat tahun lalu, pasti anda terpesona dengan lokasi penggambaran di resort mewah St.Regis, Bora Bora. Sebagai destinasi percutian terbaik di dunia, siapa yang mampu menidakkan kehebatan pulau yang terletak di lautan Pasifik ini. It’s on many people’s wish list but be aware! Sekali anda menjejakkan kaki di sana, pasti sukar menepis sensasinya untuk kali kedua. Bertemankan ratusan deretan terumbu karang dan lagun serta pantai yang kaya dengan taburan pasir pantai putih, dua gunung berapi yang lena berehat, Pahia dan Otemanu melengkapkan lagi keindahan landskap semula jadi yang nyata punya magis tersendiri. Usah pertikai privasinya kerana ia tersisih daripada dunia luar. Resort mewah bertaraf lima bintang seperti Intercontinental Bora Bora Resort & Thalasso Spa, Hilton Bora Bora Nui Resort Spa dan Four Seasons Bora Bora setia menantikan kehadiran anda. Hak eksklusif menjadi milik anda kerana setiap deretan pantai di setiap resort dikategorikan sebagai privately owned. Ia bermakna aktiviti sun bathing, menyelam bersama jerung, menikmati terumbu karang, menjelajah lagun menaiki bot laju dan bermandi manda anda dijaga rapi. Mesti cuba pastinya berenang bersama ikan pari yang lemah gemalai dan sekawan ikan yang berlantaikan terumbu karang.
 

bali ayana

Gambar: Arkib GLAM


 
Bali temple

Kuil Bali (Gambar: Arkib GLAM)


 
Permata Asia

Andai kata anda memilih Asia, pastikan Bali destinasinya. Membentangkan deretan pantai utama seperti Kuta, Ubud, Nusa Dua, Sanur, Seminyak, Denpasar, Candidasa dan Lovina. Magis Bali kekal masyhur sebagai pulau seribu kuil, ia padat dengan seribu misteri, bersih serta pemandangan alam yang cantik. Bercuti di sini anda pasti lupakan yang lain kerana di sini terdapatnya galeri seni, kawasan perlindungan monyet dan juadah tempatan yang lazat. Anda boleh meneroka kesemuanya dan banyak lagi mengikut kesesuaian masa sendiri. Tempat-tempat seperti Kuta dan Legian menawarkan suasana yang rancak, bising dan sibuk, manakala Ubud pula sangat tenang dan masa seakan-akan bergerak lebih perlahan. Pilihlah mana yang berkenan. Ya, dalam memilih resort terbaik, pastinya Samabe Bali Resort and Villas, Nusa Dua, Le Meridien Bali Jimbaran, The Westin Resort Nusa Dua Bali dan Mulia, Mulia Resort & Villas tersenyum manis menantikan anda. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan untuk mengisi masa lapang. Jika mahu yang lebih adventurous, aktiviti meluncur pasti menjadi agenda utama. Ya, usah tunggu lagi, kerana pantai Kuta dan Legian sememangnya tidak menghampakan. Arusnya air yang bertenaga mampu menghasilkan ombak yang luar biasa dan bakal menguji adrenalina anda.
 

maldives

Gambar: Arkib GLAM


 
Sensasi Maldives

Maldives is one of the ultimate beach destination! Masakan tidak jika ia menjanjikan pantai putih bersih lengkap bersama lautan rona turquoise yang mendamaikan. You really won’t believe your eyes, kala berlibur di sini umpama meninggalkan segala hiruk pikuk kesibukan tanpa berpaling. Daripada sekecil vila di Kuredu sehingga ke chic oceanfront di Niyama, anda pasti menikmati sesuatu yang elegan. Sementelah, berehat di kerusi bertemankan pokok kelapa yang tersusun rapi, sambil melontar jauh pandangan ke laut, air kelapa sejuk jangan dilupakan. Ohh… pasti ada yang akan terlena sendiri. Sebaik sahaja anda menjejakkan kaki aura tenang dan transquility mula mendakap mesra. Kombinasi lokasi terasing berhadapan lautan Hindi dan memiliki lebih daripada 100 kepulauan kecil lain yang privasi resort mewah seperti Dusit Thani Maldives Banyan Tree Maldives Vabbinfaru, Beach House Iruveli, Anantara Kihavah Villas Maldives tersergam mewah. Jika inginkan menggandakan sensasinya, perkhidmatan menikmati seluruh kepulauan Maldives dari aras udara tersedia. Di sini, ia menyediakan segala-segala yang anda perlukan, setiap satu daripadanya mempunyai keistimewaan tersendiri it is like being in a perfect dream.

POST A COMMENT