Pelaburan Bijak
GLAM Deko – Bersama Pengarah Urusan, Feruni Ceramiche
GLAM Deko Tips – Penjagaan Kertas Dinding
Resipi Tagine Ayam Morocco dari Dr. Ezani Farhana
Gigi Cantik, Gusi Sihat!
Home > Uncategorized > GLAM Deko Kediaman – Aura Mewah

GLAM Deko Kediaman – Aura Mewah

Gambar : Wan Izahar (One Digital Solution)

Suai padan kemasan dan mainan warna menjadi pertaruhan dalam menciptakan sebuah mahligai indah milik Datin Norazian Ismail. Pilihan pereka hiasan dalaman menajdi teras buat menyempurnakan keseluruhan penampilan ruang.

 

Biarpun pada peringkat awal Azian tidak menetapkan konsep khusus untuk kediamannya, hasil daripada rujukan melalui pembacaan majalah, menemukan dia dengan Siti Hawa Ismail, yang juga pemilik dan pereka hias dalaman Laurea Home Furnishing.

 

Kata Azian, “Ketika melihat sentuhan dan hasil kerja yang dilaksanakan oleh Siti untuk projek-projeknya yang terdahulu, saya rasa terpikat untuk memilih dia dalam menyempurnakan wajah kediaman ini.”

Hampir kesemua yang ada di kediaman ini merupakan pilihan dan keputusan akhir yang dilakukan oleh pereka. Tambahan pula pemilik tidak terlalu cerewet dengan idea dan keputusan daripada Siti Hawa.

 

Ternyata sentuhan Laurea Home Furnishing dengan wajah dekorasi seindah ini, pilihan gaya yang diterapkan membiaskan mahligai mewah yang menampilkan cita rasa tersendiri.

 

 

Prev1 of 7

RUANG TAMU UTAMA 

 

 

Peggayaan ruang tamu tampil elegan dalam aura feminin bermain palet natural.

Prev1 of 7

RUANG TAMU UTAMA