GLAM Deko Libur – 4 Hotel Butik Asia Tercantik
Teks : Suhana Desa
Gambar : Google
Kedudukan strategik, seni bina dalaman unik dan berkarakter, reka bentuk landskap alam mempesona, hospitaliti bertaraf lima bintang, senarai hotel butik di empat benua berlainan ini menjadi momen kembara percutian terindah untuk dikenang.

See Also
Menawarkan suasana tropika sebenar, Canggu sememangnya lokasi pantai popular buat surfers selain terkenal dengan persekitaran yang asli, intim dan ideal untuk percutian. Terletak hanya 20 minit dari Seminyak, hotel butik The Ametis Villa adalah syurga percutian dengan 14 buah vila, direka menepati percutian idaman. Dilengkapi servis terbaik dan berkualiti sepanjang percutian di sini selain eksklusif dengan kolam renang peribadi di setiap vila. Inilah lokasi ideal untuk merehatkan badan dan terapi minda terbaik.
