Teks : Shahril Hadi Halim
Gambar : Wan Izhar (One Digital Solution)
Kulit - Material klasik yang tahan lasak sesungguhnya merupakan satu pelaburan paling bernilai dalam sebuah kediaman. Kulit antara item yang mampu membias rasa mewah, malar segar jika bijak suai padannya. Lihat permainan material kulit oleh jenama tempatan, Rozel untuk setiap ruang yang ada di kediaman.
Bagi yang mahu melihat sendiri kehalusan reka bentuk perabot berasaskan kulit jenama Rozel, ruang pamer Rozel di 204 - 1, Jalan Ampang.

See Also
Nikmati ruang makan dengan dekorasi yang santai namun tetap bergaya. Permukaan marmar mewah tahan lama dan hadir dalam berbagai kemasan mengikut kesesuaian gaya pilihan anda. Di Rozel anda boleh memilih suai padan berbeza antara meja dan kerusi mengikut saiz ruang dan gaya yang ingin anda terapkan.
