Tambah Tas Tangan Jenama Lokal Ini Dalam Koleksi Kamu!
Istimewa: Arloji & Jauhari 2024
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “Aging Beautifully”
4 Jenis Bentuk Badan Versi Selebriti Hollywood
Sedekad di Malaysia, Nespresso Raikan Aidilfitri bersama ‘With Love’
Home > Ini 7 Bedak Cushion Untuk Solekan Yang Mudah Dan Berseri

Ini 7 Bedak Cushion Untuk Solekan Yang Mudah Dan Berseri

GLAM kongsi tujuh bedak cushion yang membuktikan bahawa satu sapuan sudah cukup untuk menaikkan keyakinan tanpa melengahkan masa si pemakai. 

Dalam dunia kecantikan, produk yang ringkas tetapi efektif semakin menjadi pilihan utama terutama bagi mereka yang sentiasa bergerak dari satu rutin ke rutin yang lain. Bedak cushion hadir menawarkan aplikasi yang pantas dengan kemasan yang menawan untuk menyerlahkan seri wajah sepanjang hari. Jika anda sedang mencari bedak cushion yang eksklusif untuk menjadi pelengkap rutin harian anda, ini adalah deretan produk yang wajar dimiliki!

Ini Tujuh Bedak Cushion Must-Have!

1. Yves Saint Laurent Touche Éclat Mesh Cushion Foundation

Ini 7 Cushion Foundation Untuk Solekan Mudah dan Berseri

 

Cushion foundation daripada YSL ini lengkap dengan formula bersama bahan Salicylic Acid/BHAs, Vitamins dan Anti-Oxidant, yang menjadikan kulit tampak segar dan berseri. Diiringi pembungkusan yang terasa mewah dan sofistikated, produk ini menghasilkan sapuan yang high coverage tanpa membuatkan kulit terasa rimas sepanjang hari. Bedak cushion ini turut mempunyai kemasan radiant, lantas membuatkan kulit si pemakai tampak lebih sihat. 

2. Burberry Beyond Wear Matte Cushion SPF15

Ini 7 Cushion Foundation Untuk Solekan Mudah dan Berseri

Burberry menghadirkan bedak cushion yang tahan lama di samping mempunyai perlindungan SPF. Diperbuat daripada bahan semula jadi seperti bamboo powder, ia mempunyai ketahanan sehingga 14 jam dan membantu membuatkan solekan anda tampil matte tanpa mengabaikan kelembapan kulit. Tambahan lagi, ianya juga sesuai untuk individu yang sering berpeluh memandangkan produk daripada Burberry ini adalah sweatproof serta diiringi perlindungan matahari sebanyak SPF15. 

3. Givenchy Prisme Libre Skin Caring Glow Cushion Foundation

Buat sesiapa yang mencari cushion foundation bersama kemasan seperti kulit yang sempurna, Givenchy menawarkan produk yang mengutamakan kelembapan kulit, perlindungan SPF dan solekan yang tahan lama. Sesuai untuk pelbagai jenis kulit, ia turut diperbuat daripada formula yang berkualiti seperti Paraben-free dan Oil-free. Selain itu, ia juga diperkaya dengan perlindungan SPF sebanyak  SPF 45 – PA+++ yang menjadikan rutin kecantikan anda turut dilengkapi dengan penjagaan kulit. 

4. Make Up For Ever HD Skin Cushion Foundation

Ini 7 Cushion Foundation Untuk Solekan Mudah dan Berseri

Jika anda mencari produk tanpa tekstur yang terasa tebal di kulit tetapi tetap menawarkan coverage yang buildable, HD Skin Cushion Foundation daripada Make Up For Ever mungkin adalah jawapannya. Diformulasi bersama bahan aktif penjagaan kulit seperti Niacinamide dan Peptides, ia menjadikan kulit kekal terasa lembap selama 24 jam. Hasilnya, proses solekan anda tetap pantas tanpa mengorbankan keselesaan kulit. Tidak dilupakan, ia juga melindungi kulit bersama SPF50+/PA+++ sambil mengekalkan kemasan matte namun tetap berseri. Solekan juga terasa lebih efisien bersama aplikator berbentuk titisan daripada mikro-fiber yang membolehkan sapuan yang tepat serta menghasilkan kesan second skin.

5. Armani Beauty Luminous Silk Prima Glow Cushion Foundation

Ini 7 Cushion Foundation Untuk Solekan Mudah dan Berseri

Produk daripada Armani Beauty ini ternyata istimewa kerana formula inovatifnya yang menampilkan Smart Silk Technology. Ia turut diperkaya dengan 84% bahan penjagaan kulit seperti asid hyaluronik dan 2% Niacinamide. Lebih menarik lagi, anda akan melihat kulit tampak lebih cerah dan berseri hanya selepas seminggu tempoh memakainya. Selain daripada ketahanan lama, ia menghasilkan kemasan yang asli namun tetap menutup segala cela di wajah. 

6. Dior Capture DreamSkin Moist & Perfect Cushion Foundation SPF50 PA+++

Lebih daripada sekadar solekan, bedak cushion ini juga menjadi pilihan terbaik untuk individu yang menginginkan formulasi untuk penjagaan wajah. Dilengkapi dengan Boosted Longoza, kulit kelihatan lebih halus, lembut dan anjal. Bersama sapuan yang menutup kemerahan atau pori, ia menawarkan coverage yang membuatkan kulit tampak segar. Bedak cushion ini juga sesuai untuk pelbagai jenis kulit seperti combination atau pun berminyak

7. Lancome – Face Idole Finecover Cushion

Ini 7 Cushion Foundation Untuk Solekan Mudah dan Berseri

Setiap sapuan daripada Face Idole Finecover Cushion ini menciptakan kemasan yang natural dan berseri. Diiringi dengan Fineover Technology, ia menawarkan solekan yang tahan selama 24 jam tanpa mengorbankan keselesaan pada wajah. Ia juga mempunyai formulasi yang ringan dan mesra kulit tanpa menyumbatkan liang pori, menjadikannya sesuai untuk individu bersama kulit sensitif. 

Artikel Berkaitan: Lancôme Umum Vanessa Kirby Sebagai Duta Global Baharu: Simbol Optimisme dan Keanggunan Autentik