Rompakan Keatas Kim Kardashian Satu Konspirasi Dalaman?
Victoria’s Secret Angel Irina Shayk Selamat Melahirkan Cahaya Mata Sulung
Justin Bieber Bakal Membuat Persembahan Untuk Fashion Show Victoria’s Secret?
Kim & Kanye Dikhabarkan Tinggal Berasingan
Alexa Chung Dan Alexander Skårsgard Berpisah
Home > Uncategorized > Alber Elbaz Membawa Haluan Dari Lanvin

Alber Elbaz Membawa Haluan Dari Lanvin

Oleh: Mujahid Saddam

 

Alber ElbazGambar: TPGVIP

 
Setelah 14 tahun berkhidmat sebagai Pengarah Seni di Lanvin, Alber Elbaz membawa haluan dari rumah fesyen itu. Berita tersebut ternyata mengejutkan kelompok fesyen terutamanya hanya seminggu berlalu apabila Raf Simmons dilaporkan meninggalkan Dior.
 
Menurut laporan WWD, faktor utama Elbaz melepaskan jawatannya itu adalah kerana perbezaan pendapat antaranya serta Ketua Pegawai Eksekutif dan pemilik lain label itu. Khabar angin juga bertiup kencang bahawa Elbaz bakal menyambung legasinya di Dior menggantikan Simmons.
 
Elbaz memulakan khidmatnya di Lanvin pada tahun 2001. Tahun 2012 menyaksikan dia menerbitkan sebuah buku yang mengandungi 3000 kepingan gambar mendokumenkan hasil kerja Lanvin.