fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Meghan Markle Bersuara Mengenai Isu Biracial Di Amerika
752,995 Orang Kunjungi Pameran Manus x Machina: Fashion in an Age of Technology
Senarai Pemenang GLAM – FEB 2017
Taylor Swift Peminat Tegar Deadpool
Victoria’s Secret Terbang ke Paris
Home > Uncategorized > Rompakan Keatas Kim Kardashian Satu Konspirasi Dalaman?

Rompakan Keatas Kim Kardashian Satu Konspirasi Dalaman?

57th Annual Grammy Awards

Pengarah Kreatif Chanel, Karl Lagerfeld tidak bersimpati atas rompakan di Paris yang melibatkan Kim Kardashian. Menurut ikon fesyen itu, Kim patut sedar akan risiko menayangkan cincinnya yang bernilai $4.5 juta di Instagram.

 

“Saya tidak faham mengapa dia menginap di hotel tanpa pengawasan sekuriti. Jika anda seorang yang popular dan anda berkongsi gambar barang kemas mewah di Instagram, anda sepatutnya menginap di hotel yang selamat,” kata Lagerfeld kepada Reuters.

 

Ketika rompakan tersebut berlaku, Kim sedang menginap di sebuah hotel butik popular iaitu Hotel de Pourtalès dan pengawal peribadinya keluar berparti bersama kakaknya.

 

“Anda tidak boleh menunjukkan kekayaan kepada umum dan terkejut apabila sesetengah orang mahu ‘berkongsi’ kekayaan tersebut,” tambah Lagerfeld yang turut melabelkan Kim sebagai naif.

 

Lagerfeld membuat kenyataan diatas selepas pertunjukan Chanel di Minggu Fesyen Paris tamat. Walaubagaimanapun, penyiasatan polis menunjukkan rompakan ini berkemungkinan berpunca dari orang dalam.

 
Oleh: Lylatul Qadrina