fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Global Milbon Rahsia Rambut Lembut Menawan Telus Sihat
Rahsia Kecantikan Dian Sastrowardoyo Pada Usia 40-an
7 Jenama Kecantikan Terkenal Milik Selebriti Lelaki
Tips Memakai Haruman
GOLDEN GLOBES 2023: 10 Aktres Paling Cantik Pilihan GLAM
Home > Cantik > Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda

Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda

Buat pencinta wangian, haruman dan rekaan botol itu sendiri berjalan seiring. Ia menjadi simbol estetika dan personaliti, terutamanya ketika menghiasi meja solek anda. 

Dalam dunia kecantikan kini, rekaan botol wangian turut menjadi faktor utama yang membuatkan seseorang jatuh cinta pada sesebuah haruman sebelum mencubanya sendiri. Pelbagai jenama eksklusif kini hadir dengan rekaan botol wangian yang unik dan artistik sekaligus menjadikan pengalaman memilih haruman terasa lebih imersif. Bukan sahaja memikat melalui aromanya, setiap botol turut direka dengan identiti tersendiri yang mencerminkan estetika dan karakter sesebuah wangian. Misalnya, botol berbentuk kasut tumit tinggi  atau rama-rama cukup menjadikannya lebih ikonik, terutamanya menjadi pelengkap ruang peribadi anda. Tidak hairanlah ada yang sanggup menyimpan botol kosong hanya kerana rekaannya terlalu cantik untuk dilepaskan. GLAM himpunkan beberapa wangian dengan rekaan botol paling unik dan ikonik yang wajar menjadi sebahagian daripada koleksi anda. 

Ini Senarai Botol Wangian Dengan Sentuhan Artistik!

1. Carolina Herrera La Bomba Eau De Parfum

Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda

Direka dalam siluet rama-rama berona fuchsia yang menyerlah, Carolina Herrera La Bomba Eau De Parfum melambangkan kebebasan, tenaga feminin dan sisi glamor yang berani. Setiap perincian pada botol wangian ini menonjolkan identiti mewah rumah fesyen Carolina Herrera, menjadikannya satu penyataan gaya yang menghiasi meja solek anda dengan aura elegan dan bersahaja. Seperti rekaan botolnya, ia menggambarkan haruman bunga dan buah-buahan bersama gabungan nota seperti vanilla, pitaya eksotik dan ceri peoni.

2. Jean Paul Gaultier Scandal Absolu Parfum Concentré

Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda

Jean Paul Gaultier Scandal Absolu Parfum Concentré tampil dengan haruman yang lebih berani dan sensual, meneruskan identiti dramatik siri Scandal yang sememangnya sinonim dengan sisi feminin yang menggoda. Botolnya kekal ikonik dengan siluet kaki wanita berona emas yang menyerlahkan elemen couture. Bersama nota wangian seperti buah ara, tuberose dan sandalwood, keseluruhan aroma ini membawakan aura yang hangat dan tahan lama, lantas meninggalkan jejak sensual yang elegan serta sukar dilupakan, seperti rekaan botolnya yang unik.

3. Billie Eilish Your Turn Eau De Parfum

Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda

Billie Eilish Your Turn Eau De Parfum hadir dengan karakter yang lebih intim dan penuh misteri, selari dengan identiti Billie Eilish yang edgy namun tetap lembut dalam ekspresi. Botolnya tampil minimalis dan sculptural dalam rona perak berkilat berbentuk dadu, seakan objek seni kontemporari yang memberi sentuhan futuristik. Wangian ini menggabungkan nota pepper, persimmon dan sandalwood dalam satu komposisi yang harmoni. Direka sebagai haruman unisex, ia sesuai untuk lelaki dan wanita, menyerlahkan karakter hangat, sedikit spicy dan woody, sekali gus meninggalkan aura sofistikated. 

4. BVLGARI Omnia Crystalline Eau De Parfum

Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda

Terinspirasi daripada kejelasan kristal, BVLGARI Omnia Crystalline Eau De Parfum mempunyai rekaan botol melengkung berona perak dan lutsinar yang minimalis namun eksklusif, menjadikannya antara statement piece yang sofistikated untuk menghiasi meja solek anda. Seperti siluetnya, wangian ini memadukan nota pear dan bamboo pada pembukaan yang segar dan berair, diikuti oleh sentuhan lotus yang halus di bahagian tengah. Dasarnya diperkaya dengan musk dan balsa wood, memberikan impak menenangkan yang kekal sepanjang hari. 

5. Carolina Herrera Good Girl Eau De Parfum

Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda

Carolina Herrera Good Girl Eau De Parfum adalah salah satu wangian bersama rekaan botol unik yang ikonik. Dengan siluet berbentuk kasut tumit tinggi, ia sering menjadi pilihan IT Girl yang menggemari sentuhan glamor. Dalam versi botol biru gelap berona malam, ia menyerlahkan dualiti wanita moden iaitu manis tetapi penuh misteri. Sentuhan tumit emas pada rekaan botol ini menambah kepada perincian dramatik. Wangian ini merangkaikan nota badam dan kopi pada pembukaan yang sedikit gourmand, diikuti oleh hati yang dipenuhi jasmine sambac serta tuberose yang sensual. Dasarnya pula diperkaya dengan tonka bean dan cacao, memberikan kedalaman manis dan berlemak, sekaligus mewujudkan jejak aroma yang ikonik untuk si pemakai yang berkeyakinan.

6. Mugler Angel Eau De Parfum

Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda

Mugler Angel Eau De Parfum merupakan salah satu produk paling ikonik dalam dunia wangian, dikenali dengan identiti gourmand yang unik sejak pertama kali dilancarkan. Botolnya berbentuk bintang kristal berona biru yang dramatik dan futuristik, melambangkan dunia fantasi yang menjadi DNA Mugler. Wangian ini dibuka dengan bergamot yang segar, diikuti oleh lapisan tengah yang kaya dengan beri merah, praline dan sentuhan coconut yang manis. Dasarnya diperkaya dengan patchouli, vanilla dan musk, menghasilkan aroma yang dalam dan tahan lama.

Artikel berkaitan: Pilihan Wangian Rumah Menyuntik Aura Mewah