Gambar: TPGVIP
Pernahkah anda tertanya-tanya bagaimana kulit J-Lo dan Kim Kardashian sentiasa kelihatan picture perfect? The secret is contouring! Bila cahaya memancar pada wajah, ia mengena kepada bahagian-bahagian penting yakni pada batang hidung, tulang pipi, dahi, tulang coklat dan sepanjang garis rahang anda. GLAM mencadangkan beberapa tip untuk mendapatkan struktur wajah menawan.
1. Sapukan bedak asas sepadan dengan nada kulit anda. Sentiasa padankan dengan warna kulit di leher supaya tampak seluruh badan.
2. Mulakan dengan sapuan bedak menggunakan berus rata pada bawah mata dan tulang pipi hingga garis rambut anda. Sapukan di tengah-tengah dahi, membawa ke pusat hidung, di bawah kening pada tulang coklat. Usah lupa garis rahang dan pada tulang kolar anda.
3. Kemudian, dengan menggunakan bedak asas sedikit gelap dan berus rata, aplikasikan pada rongga pipi anda (di bawah tulang pipi) ke bawah kedua-dua belah hidung dan di hujung (untuk kelihatan lebih kecil). Di bawah garis rahang anda, yakni di bahagian paling atas leher (ini menjadikan rahang anda lebih berdefinisi). Kemudian layangkan di bahagian atas dahi, di sekitar garis rambut dan pada lipatan kelopak mata (untuk membuat mata lebih galak). Akhir sekali di atas dan bawah tulang kolar anda.
4. Now, time to blend! Gunakan berus asas dalam gerakan bulatan, mesrakan alur-alur kasar menjadi lembut dan sempurna.
5. Selepas semuanya selesai, aplikasikan bedak serbuk. Anda perlu menetapkan semua kerja kontur wajah agar sempurna. Teruskan dengan solekan mata dan akhir sekali mesrakan keseluruhan wajah agar tampak sekata. Ini memberikan tulang pipi efek pop tambahan.
6. Akhiri solekan dengan menambah kilauan dengan mengoles bronzer pada tulang pipi juga sentuhan pemerah pipi pada epal pipi. Helah solekan ini amat menakjubkan dalam gambar jadi cubalah aplikasikan tip ini untuk ke majlis istimewa atau ketika mahu kelihatan menakjubkan kala berekreasi. Ianya baik untuk solekan hari dan juga malam. Just make sure to blend!
Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
