Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Kuala Lumpur
Syafiqah adalah Pengarang Kecantikan di GLAM Malaysia. Dengan kepakaran dalam penulisan ed...
Read Full BioDalam dunia wangian mewah, pengalaman sering kali bermula jauh sebelum haruman menyentuh kulit. Bagi Henry Jacques, parfum bukan sekadar produk, tetapi sebuah perjalanan emosi yang dibentuk melalui ruang, suasana dan hubungan yang lebih intim dengan setiap individu.
Falsafah itu kini diterjemahkan melalui La Maison Éphémère, konsep pop up baharu yang membawa pengalaman butik Henry Jacques keluar daripada ruang tetapnya dan ke destinasi terpilih di seluruh dunia. Kuala Lumpur menjadi lokasi pertama untuk pengalaman ini menerusi Le Kiosque di Pavilion Kuala Lumpur, sekaligus memperlihatkan bagaimana dunia haute parfumerie boleh hadir dalam bentuk yang lebih hidup dan imersif.


Berbeza daripada pop up biasa, Le Kiosque direka sebagai ruang penemuan yang lebih personal. Terletak di Couture Pavilion bersama beberapa nama paling eksklusif dalam dunia fesyen dan barang kemas, ruang ini membawa pengunjung menyelami Art de Vivre Henry Jacques melalui koleksi ikonik Les Classiques, aksesori perjalanan HJ Voyage serta In All Intimacy, koleksi yang menampilkan interpretasi wangian oleh figura seperti Rafael Nadal dan Heron Preston.
Namun pengalaman ini tidak berhenti pada estetika semata mata. Henry Jacques turut memperkenalkan Velvet Ceremony, wangian baharu dalam koleksi Les Exclusifs Malaysia yang dicipta eksklusif untuk Le Kiosque. Haruman ini menjadi sebahagian daripada pengalaman olfaktori yang hanya boleh ditemui di ruang ephemeral tersebut.

Velvet Ceremony membayangkan suasana beberapa detik sebelum tirai dibuka. Ruang backstage yang dipenuhi aroma hair lacquer, bedak halus dan baldu berharum parfum mencipta mood yang penuh ketegangan dan keterujaan dalam masa yang sama. Ia terasa teatrikal tetapi tetap elegan, sensual namun tidak terlalu berat.

Komposisinya dibuka dengan locust tree flower yang lembut, disusuli ylang ylang, freesia serta Egyptian jasmine yang memberikan nuansa floral putih yang sophisticated. Di tengah komposisi, rose essence membawa karakter yang lebih hangat sebelum mandarin memberikan sentuhan citrus yang lebih segar dan dramatik. Wangian ini akhirnya disempurnakan dengan vanilla, white musk dan amber yang membalut keseluruhan haruman secara yang lembut, elegan dan memikat.
Melalui La Maison Éphémère, Henry Jacques turut memperlihatkan pendekatan baharu terhadap dunia retail mewah. Setiap ruang direka seperti sebuah ‘rumah’ yang menggalakkan perbualan, eksplorasi dan pengalaman yang lebih perlahan, jauh daripada suasana membeli belah yang pantas dan transaksional.
Konsep ini hadir dalam tiga interpretasi berbeza iaitu La Maison, Le Kiosque dan L’œuvre, masing masing menawarkan pengalaman yang disesuaikan mengikut ruang dan audiens. Sama ada melalui butik sementara, instalasi artistik atau pengalaman discovery yang lebih intimate, semuanya berkongsi visi yang sama, menjadikan parfum sebagai pengalaman budaya dan emosi, bukan sekadar wangian.

Dengan pelancaran Le Kiosque di Kuala Lumpur, Henry Jacques bukan sahaja membawa dunia haute parfumerie lebih dekat kepada pencinta wangian tempatan, tetapi turut memperkenalkan cara baharu untuk menikmati parfum, lebih mendalam, lebih personal dan jauh lebih menyeluruh.
Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
10 Jenama Kecantikan Lokal Yang Perlu Ada
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
