Loading media...
GLAM ialah majalah gaya hidup mewah yang menjadi idea buat wanita sofistikated di Malaysia. Sejak dilancarkan pada tahun 2004, GLAM terus mengangkat fesyen, kecantikan dan gaya hidup dengan perspektif tempatan yang berkelas dunia. Kandungannya meraikan figura berpengaruh dan kisah inspirasi yang membentuk landskap sosial masa kini. Kini, GLAM melangkah ke era baharu dengan lebih berani membawa suara serantau. Ia sebuah platform yang menghubungkan komuniti, idea dan aspirasi wanita moden. Melalui setiap edisi, GLAM terus mendefinisikan semula makna glamor dalam konteks yang lebih relevan dan beridentiti.
Lebih dua dekad GLAM terus unggul menjadi pilihan utama wanita glamor Malaysia. Kini Langkah GLAM lebih meluas, merayakan wanita sofistikated Neo-Santara sebagai salah satu daripada tunjang utamanya. Glamor yang dipersembahkan bukan hanya pada satu lapisan permukaan. Tetapi kami akan terus membawa warisan dan inovasi dalam satu derapan langkah yang bergerak seiring. Bersama aksen mewah dan sofistikated, GLAM mahu terus meneroka dimensi yang cukup beridentiti, bergaya dan berani.