Membiaskan aura yang dominan, seksi, quirky lagi mengintimidasi; DOLLA dianggotai oleh Angel, Sabronzo, Syasya dan Tabby. Memperjuangkan muzik eksperimental yang berselubung rentak rancak EDM dan Reggaeton, empat gadis tempatan ini menjulang mesej pemerkasaan wanita dan girl power dalam menggalas misi buat menawan lapangan muzik tempatan serta global.
PENGARANG KREATIF: AIZAT AIDID PENGARANG RENCANA: ZUHAIRIE SAHROM PENGARANG FESYEN: JOHAN KASSIM GAMBAR: CHEE WEI SOLEKAN: KF BONG & KEVIN LEE DANDANAN: CKAY LIOW & VV CHAN DIBANTU OLEH NUR IZWANI & AMIRA SHAHIRA
Kumpulan wanita lokal, DOLLA yang disebut do·luh, tampil disaat demam K-pop melanda seluruh dunia. Hadir dengan imej yang segar; Angel, Sabronzo, Syasya dan Tabby mempertaruhkan bakat vokal serta gerak tarian yang mantap dalam setiap persembahan. Bernaung di bawah pengurusan Universal Music Malaysia, mereka pantas memanjat tangga populariti di media sosial selepas memperdengarkan debut perkenalan pada 20 Mac 2020. Single sulung berjudul Dolla Make You Wanna yang berselubung rentak rancak EDM serta Reggaeton dihasilkan oleh komposer terkenal Australia, Bryan B. Turut mendapat sentuhan muzik kreatif olahan anak seni tempatan yakni Zamaera, Shou Raion dan Luca Sickta. Mengimbangi single ini, klip video yang dipertontonkan pada rangka masa yang sama berjaya meraih 4.6 juta tontonan sehingga saat penulisan direncanakan.
Mulanya penubuhan kumpulan wanita ini pada penghujung tahun 2019 menerusi ujibakat serta intipan profil di media sosial yang terlaksana berbulan sebelumnya, kedatangan empat gadis dalam lingkungan usia dari 20-27 ini sedikit berbeza. Kerana perkenalan mereka terjadi saat musim pandemik mula menular di negara lalu kesemua pintu diarahkan untuk tutup bagi menuruti Perintah Kawalan Pergerakan. Meskipun, berdepan dengan kekangan promosi; Angel, Sabronzo, Syasya serta Tabby senantiasa berpandangan positif dan berusaha meledakkan nama DOLLA menerusi platform digital. Hari ini DOLLA meraih kumpulan peminat dipanggil iDolla dengan 113 ribu pengikut dari dalam dan luar negara menerusi profil rasmi DOLLA. Juga sekitar 4 ribu pengikut di profil fan page rasmi iDolla.
Julung kali menghiasi ruangan fesyen Stail dalam isu Jan-Feb 2021 bersama GLAM hasil arahan pengarang fesyen Johan Kassim; GLAM sekali lagi menjemput DOLLA. Namun, kali ini buat membintangi hamparan wajah hadapan isu April dengan kupasan tema NEXT GEN Edisi 2022. Hampir seharian meluangkan masa, pasukan GLAM dan DOLLA yang hadir ditemani pengurusnya; Nadiah bergelandangan di Pusat Tenis Nasional Tun Razak bagi merakamkan visual kreatif. Terus, menemubual, mengenali setiap satu anggota kumpulan wanita ini buat meraikan isu April bersama Coach. Bergilir bersiap di bilik hostel yang disediakan untuk persinggahan atlet-atlet tenis negara. Angel, Sabronzo, Syasya dan Tabby menyarungkan ceraian terkini Coach untuk musim bunga/panas 2022 yang mendakap keselesaan dan pragmatisme gaya sukan serta jalanan.

Baca lanjut dalam GLAM April 2022
Pautan berkenaan: GLAM Persona: Fyza Kadir… Happier Than Ever
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Jennie Tampil Cool Dengan Cermin Mata Ray-Ban
BY Tyraa Bahari
Apr 15, 2026
Aksesori Mewah Yang Mengikat Simbol Cinta
BY Tyraa Bahari
Apr 14, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026