Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full BioGaya seorang ibu tampil sebagai manifestasi keyakinan dan kasih diri, bukan sekadar penjagaan diri tetapi cara seorang wanita meraikan dirinya dalam setiap fasa kehidupan.
Dalam landskap fesyen global, imej ibu bergaya bukanlah sesuatu yang asing jika di negara-negara Barat. Dari jalanan kota hingga ke barisan hadapan minggu fesyen, figura ‘stylish mother’ sememangnya diraikan. Namun kini, era mommy chic kini mekar di Asia Tenggara dan mula mengambil ruangnya sendiri. Bukan lagi sekadar sisi yang tersembunyi di balik rutin harian, tetapi tampil sebagai satu identiti yang berani dan penuh karakter. Gaya seorang ibu hari ini tidak lagi terhad kepada praktikal semata, sebaliknya menjadi refleksi kepada keyakinan dan kematangan dalam mempamerkan watak seorang ibu yang penuh pesona.
Manifestasi Gaya Seorang Ibu Masa Kini

Lihat sahaja figura seperti Scha Alyahya, walau sudah bergelar ibu kepada dua anak perempuan, tetap utuh sebagai ikon gaya yang konsisten. Penampilannya tidak pernah terlepas daripada sentuhan gaya effortless yang mudah didekati. Begitu juga Datin Intan Najuwa, yang kian kali mencuri perhatian dengan pilihan koleksi tas tangannya dan sering kali digelar mempunyai cita rasa mewah namun tetap segar. Mereka ini adalah refleksi bahawa gaya seorang ibu tidak statik, sebaliknya terus berkembang seiring perjalanan hidup.
Di sisi lain, ada juga kelompok wanita yang menjadikan barang kemas sebagai bahasa ekspresi yang lebih intim. Marion Caunter dari Malaysia dikenali dengan kecintaannya terhadap rekaan halus daripada Tiffany & Co., memancarkan aura sofistikasi yang nyata elegan. Manakala, Marian Rivera dari Filipina sering dilihat menyarungkan kilauan ikonik Bvlgari, menjadikan setiap penampilannya membawa pancaran aura keanggunan seorang ibu. Kilauan pastinya menjadi teman ideal buat para ibu, sambil tampil sempurna sebagai pelengkap gaya.

Menariknya, pesona ini tidak terhenti pada mereka yang telah bergelar ibu. Fasa menanti kelahiran juga hadir dengan keindahan tersendiri. Pelakon Eyka Farhana membuktikan bahawa kehamilan tidak menghalang seorang wanita untuk tampil memikat, malah aura lembut yang terpancar menjadikan gayanya lebih menyentuh. Begitu juga dengan Alyssa Daguisé dari Indonesia, yang menampilkan keseimbangan antara keselesaan dan keanggunan dalam setiap pilihan busana. Mereka membawa definisi baharu kepada kecantikan yang lebih jujur dan alami.
Di rantau yang sama, wajah seperti bintang dari Vietnam, Minh Hang terus menghiasi halaman majalah fesyen, memperlihatkan bagaimana seorang ibu mampu kekal relevan dalam landskap gaya yang sentiasa berubah. Sementara itu, Araya Alberta Hargate dari Thailand muncul sebagai ikon ibu moden yang berani bereksperimen dengan trend semasa, tanpa kehilangan identiti. Mereka semua ini lantasnya berkongsi satu benang halus yang sama, iaitu keberanian untuk terus menjadi diri sendiri.

Keindahan sebagai seorang ibu bukan terletak pada kesempurnaan, tetapi pada kejujuran dalam mengekspresi serta penjagaan dirinya. Gaya seorang ibu adalah cerminan perjalanan hidup yang penuh warna, tentang keseimbangan antara peribadi, tanggungjawab dan keinginan. Dalam era ini, menjadi ibu bukan sesuatu yang perlu disembunyikan, tetapi diraikan sepenuhnya, kerana menjaga diri itu sendiri adalah bentuk kasih yang paling tulus terhadap diri sendiri.
Artikel berkaitan: GLAM Memilih Idea Hadiah Jenama Lokal Buat Ibu
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pertunjukan Koleksi Louis Vuitton Cruise 2027 Tamp...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Kuala Lumpur
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
