Pertunjukan Koleksi Louis Vuitton Cruise 2027 Tampil Di Luar Jangkaan
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full BioNicolas Ghesquière mengubah pertunjukan Louis Vuitton Cruise 2027 menjadi refleksi artistik tentang New York, menghimpunkan seni klasik, budaya jalanan serta kemewahan moden ke dalam satu koleksi.
Mengambil tempat di destinasi The Frick Collection, Nicolas Ghesquière membawa Louis Vuitton Cruise 2027 ke sebuah persimpangan budaya yang terasa begitu hidup dan berlapis. Kota New York diterjemahkan seperti sebuah kolaj emosi antara kemewahan Upper East Side dan tenaga liar downtown yang sentiasa bergerak tanpa henti. Di tengah galeri dipenuhi karya agung Boucher, Fragonard dan Van Dyck, hadir pula dunia Pop Art yang mentah dan memberontak. Pertembungan itu menjadi nadi utama koleksi ini. Segala-galanya terasa berlawanan, namun saling melengkapi dalam cara yang paling moden. Sebuah beg pakaian kulit era 1930-an yang pernah diconteng Keith Haring menjadi simbol pembukaan kepada naratif tersebut. Objek utilitarian berubah menjadi karya seni penuh karakter, seolah-olah menggambarkan bagaimana Ghesquière melihat fesyen sebagai ruang di mana sejarah dan budaya jalanan boleh hidup serentak.

Kontras New York Di Dalam Louis Vuitton Cruise 2027
Pemilihan Frick Collection sebagai lokasi pertunjukan memberi dimensi yang lebih mendalam terhadap keseluruhan persembahan. Rumah seni klasik itu kini memasuki babak baharu selepas Louis Vuitton diumumkan sebagai penaja budaya utama muzium berkenaan untuk tiga tahun akan datang. Di barisan hadapan, Cate Blanchett, Zendaya, Felix, Emma Stone, Anne Hathaway dan Emily Blunt duduk bersama sebagai tetamu front-row di pertunjukan. Di atas runway, Ghesquière tidak meraikan nostalgia secara literal. Sebaliknya, menghidupkan semula semangat wanita Amerika melalui lensa Eropah yang aristokratik. Seluar boxer satin mencuri tumpuan, hadir dengan tenaga athleisure yang santai. Sementara legging capri dipadankan bersama jaket berleher ruffle dramatik yang mengingatkan kepada potret Renaissance di dinding muzium tersebut.

Material kulit menjadi medium dominan sepanjang koleksi ini. Ada jaket patchwork yang tampak seperti karya galeri bergerak, blazer berwarna terang dengan kemasan berkilau, seluar kulit reflektif serta skirt mini berbutang yang membawa semangat New York era 1980-an. Pada masa sama, elemen Keith Haring terus muncul dalam pelbagai bentuk. Corak grafiti ikoniknya menghiasi gaun dan helaian Pop Art yang penuh tenaga visual. Aksesori pula bergerak ke arah yang lebih eksperimental dan kolektibel. Koleksi ini lantas membuatkan setiap penampilan terasa seperti cebisan budaya kota yang dibawa ke pentas haute couture.

Ada juga sesuatu yang sangat organik tentang cara Ghesquière mencampurkan pelbagai era dalam koleksi ini. Renaissance bertemu Gilded Age, estetika 1980-an bersilang dengan bahasa moden hari ini. Dunia muzik, seni visual dan sukan disatukan tanpa rasa dipaksa. Sarung tangan tinju Louis Vuitton yang disangkut pada bahu model memberi sentuhan nakal yang tajam, sementara kasut boot tinju bertali tinggi muncul sebagai petunjuk kepada arah trend seterusnya. Pertunjukan Louis Vuitton Cruise 2027 menjadi refleksi tentang New York itu sendiri. Sebuah kota yang sentiasa bercanggah dengan identitinya, namun tetap menemukan harmoni di tengah kesibukan bandar.

Artikel berkaitan: Louis Vuitton Cruise 2027 Show Livestream
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
