Related Stories
Dialog Fesyen: Yuleza
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full BioLebih 30 tahun, You Sheng mengangkat jenama Yuleza dalam menghidupkan warisan yang bermula daripada ibunya, lalu diterjemahkan ke dalam bahasa fesyen moden yang sarat dengan makna dan kesinambungan.
Segalanya bermula daripada kerjaya seorang ibu yang mengusahakan perniagaan batik di Terengganu. Dari situlah jenama Yuleza menemukan arah, berakar pada nilai yang dibentuk melalui ketelitian, disiplin dan kreativiti. Apa yang bermula sebagai amalan di dalam dunia batik kini berkembang menjadi sebuah label tempatan yang membawa bersama jejak memori dan warisan yang terus hidup hingga ke hari ini.

You Sheng Menyambung Benang Ibu
Di sebalik jenama ini, You Sheng, pengasas muda yang kini menerajui Yuleza bersama kakaknya, Lina meneruskan sebuah perjalanan yang telah lama berakar dalam lingkungan keluarga mereka. Nama Yuleza sendiri lahir daripada gabungan kedua-dua nama mereka, dipilih penuh kasih oleh ibu mereka sebagai satu simbol yang pada awalnya mungkin tidak disedari maknanya. Namun seiring dengan waktu, ia berkembang menjadi lambang kepada kesinambungan yang lebih besar, membawa bersama nilai, memori serta warisan yang telah terbentuk jauh sebelum jenama ini dibentuk secara rasmi.
Di samping itu, membesar dalam persekitaran yang dikelilingi batik dan seni kraf, You Sheng menyerap pengalaman yang kemudian membentuk pendekatan dalam seni kreatifnya. Ibu mereka yang bukan sahaja mengusahakan batik tetapi turut menghasilkan bloknya sendiri, membentuk motif dengan tangan dengan penuh kesabaran. Ia lantas melahirkan satu kefahaman terhadap proses yang tidak terpisah daripada masa, disiplin dan emosi buat You Sheng, dalam cara mengendalikan setiap rekaan di bawah Yuleza.

Perjalanan jenama yang diwarisi dari ibunya ini berkembang secara organik, bermula hanya dengan tempahan busana pengantin sebelum melangkah ke dunia eveningwear. Satu titik perubahan turut hadir apabila perspektif terhadap fesyen mula meluas, lalu membuka ruang kepada pemahaman tentang peranan pereka yang melangkaui proses mencipta. Dari situ, arah Yuleza menjadi lebih jelas, berpaksikan identiti yang dibina secara beransur-ansur.

Dalam setiap koleksi, keseimbangan antara tradisi dan kontemporari menjadi teras. Siluet moden diolah bersama elemen warisan dengan pendekatan yang terkawal, tanpa perlu ditonjolkan secara berlebihan. Motif berinspirasikan batik serta perincian buatan tangan kekal secara semula jadi, lantas menghasilkan estetika yang terasa autentik dan jujur dalam konteks fesyen semasa. Ia membawa makna yang melangkaui teknik, menjadi satu kesinambungan yang terus hidup. Warisan ini tidak terhenti sebagai peninggalan, sebaliknya terus berkembang dan ditafsir semula seiring peredaran masa melalui visi You Sheng.

Lebih tiga dekad, label Yuleza terus berkembang sebagai sebuah naratif yang hidup. Ia merakam perjalanan yang bermula daripada ikatan antara ibu dan anak, lalu diterjemahkan ke dalam rekaan yang membawa makna yang berpanjangan. Dalam setiap helaian busana yang tercipta, tersirat esen sentimental yang halus, menghubungkan masa lalu dengan masa kini melalui bahasa fesyen yang penuh akan warisan, kasih dan makna.
Artikel berkaitan: Dialog Fesyen: SukkhaCitta
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pertunjukan Koleksi Louis Vuitton Cruise 2027 Tamp...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Kuala Lumpur
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
