YB Nurul Izzah Rasmi Pelancaran Aplikasi TEMPAH, Platfrom Digital Perniagaan Islamik
Kehadiran platform digital seperti Uber, Grab dan AirBnB telah mengubah cara hidup kita dan mencipta peluang pendapatan baru untuk orang ramai. Gelombang aplikasi digital ini sedikit sebanyak memberikan persaingan sihat kepada industri pemasaran dan pembelian produk dan juga perkhidmatan. Aplikasi digital ini juga sudah semestinya memberikan manfaat dan faedah yang sangat baik kepada pengguna masa kini.


Seiring dengan dunia digital, Avicenna Technologies Sdn Bhd tampil dengan TEMPAH, sebuah platform digital Islamik yang menggalakkan peluang perniagaan untuk umat Islam, terutamanya suri rumah dan restoran dalam memasarkan hidangan mereka.

TEMPAH merupakan satu-satunya hub tempahan makanan secara dalam talian menerusi aplikasi yang menawarkan 100% rangkaian pilihan makanan yang berkonsepkan makanan Muslim. Bakal dilancarkan di AppStore dan Playstore, ia menjanjikan ciri-ciri tempahan yang mudah, ringkas dan yang paling penting makanan yang disediakan adalah Muslim Friendly.
Turut hadir pada pelancaran yang bertempat di Black Kettle, Pulau Pinang adalah YB Nurul Izzah yang turut mengalakkan agar semua orang lebih-lebih lagi buat kaum wanita, suri rumah dan mereka yang aktif dalam perusahaan F&B untuk mengambil peluang ini untuk memajukan diri, dan pada masa yang sama mencipta mata pencarian.


Pengguna dari pelbagai bangsa dan agama di Malaysia kini boleh membuat tempahan makanan pilihan bermula pada 11hb September 2019 bagi pengguna di pulau khazanah makanan iaitu Pulau Pinang dan bermula pada 17hb September 2019 bagi pengguna di Kuala Lumpur.
Artikel Berkaitan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Jam HydroConquest Edisi Terhad Buat Sukan Komanwel...
GLAM Weddings: Parissa Ardina Pilih Yang Timeless
GLAM Menjengah Ke Butik Cartier Oleh Cortina Watch
GLAM Weddings: El Rumi Sah Suami Buat Syifa Hadju
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
