GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Agassi Revano
Penyatuan antara dua budaya yang sarat dengan adat terserlah indah dalam majlis pernikahan Tengku Nadira Adnan & Teuku Agassi Revano di Hotel Mulia Senayan, Jakarta pada Sabtu lalu.
Perjalanan menuju hari bahagia pasangan ini dimulakan dengan majlis khatam Al-Quran dan pengajian pada 15 Mei 2026. Demikian itu, majlis yang penuh bermakna itu dipenuhi dengan momen menyentuh jiwa bersama ahli keluarga terdekat, dimana Tengku Nadira menyifatkan momen tersebut sebagai detik terakhirnya sebagai seorang anak sebelum melangkah menjadi seorang isteri. Terlihat ayu dan anggun berhijab dalam busana soft blush pink rekaan khas Ivan Gunawan, yang juga melambangkan radiating grace, serenity, dan timeless menjadi perhatian ramai. Penampilan juga turut disempurnakan dengan solekan oleh Angelika Samara Nurima, penata gaya oleh Ilonk Arizqi dan penata hijab hijab daripada Mayrari Artya yang menyerlahkan lagi aura keangguanan dan kelembutan pengantin perempuan.

Penyatuan Dua Adat Yang Indah
Susulan itu, majlis diteruskan pula dengan proses siraman adat jawa diserikan oleh Tiara Josodirdjo & Associate wedding planner pilihan pasangan ini. Tengku Nadira tampil dengan persalinan batik dan aksesori melati yang juga rekaan khas oleh Ivan Gunawan, dilengkapi pula dengan aksesori daripada Subeng Klasik dan mencerminkan penghormatan terhadap adat. Acara ini diadakan sebagai penghormatan terhadap adat dan tanda restu daripada ibu bapa sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Disetiap air yang mengalir dalam upacara penuh adat itu, terselit doa dan harapan tulus untuk kerharmonian rumah tangga, kesabaran dan ketenangan dalam menepuhi fasa baharu kehidupan.

Seterusnya, kemuncak majlis berlangsung pada 23 Mei 2026, apabila akad dilangsungkan dengan penuh kemewahan di Hotel Mulia Senayan, jakarta. Majlis akad yang diserikan dengan sentuhan Rumah Kampung Decor yang penuh dengan adat jawa yang elegan, dihiasi dengan dekorasi mewah seperti chandelier kristal, kerusi rotan bernuansa klasik, dan kain drapery lembut yang menambahkan lagi suasana romantik dan keharmonian. Manakala, pengantin tampil dalam busana berwarna putih yang juga rekaan khas Ivan Gunawan yang melambangkan kesucian dan permulaan baharu. Perhiasan kalung berlian ruby merah dan juga aksesori emas melengkapi pengantin dan memberikan aura ratu jawa.
Selain itu, sebagai simbolik ikatan suci, pasangan ini turut menyerikan momen dengan mas kahwin sebanyak £2,305.26 (Rp 54,8 juta) beserta emas 5 gram yang diberikan oleh Teuku Agassi Revano buat Tengku Nadira.

Lebih menarik perhatian, sesi resepsi pasangan romantik ini menampilkan dua persalinan berbeza yang mempamerkan gabungan budaya Aceh dengan elemen moden yang direka khas dari Biyan Offical. Busana yang terlihat glamour namun masih mempertengahkan elemen tradisional. Selain itu, gaya solekan Tengku Nadira yang memposa di sesi resepsi turut menjadi perhatian di media sosial. Sentuhan karya Bennu Sorumba yang majestik menaikkan lagi seri pengantin. Keseluruhan majlis perkahwinan ini disambut sebagai satu perayaan cinta yang penuh makna, meskipun disatukan dengan latar belakang, adat, dan budaya yang berbeza.
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Wangian Rumah Menyuntik Aura Mewah
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
