fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
GLAM It Girl: Baity Rmeli
5 Kedai Sarapan Pagi Paling Eksklusif di Lembah Klang
Keamanan di Tengah Bandar Bangkok
Apa Dimahu Wanita?
Mercedes-Benz – A Time For Love
Home > Bila ‘Drive Safe’ Tidak Lagi Kedengaran Biasa…

Bila ‘Drive Safe’ Tidak Lagi Kedengaran Biasa…

Ada beberapa ayat yang kita dengar terlalu kerap sampai akhirnya ia jadi sekadar rutin.

Siti Saleha mengakui bahawa dahulu, ayat “drive safe” hanyalah pesanan rutin yang sering didengari sebelum memulakan perjalanan. Ramai antara kita menjadikan ucapan biasa ini dibalas sambil lalu tanpa benar-benar mendalami. Namun semakin meningkat dewasa, semakin banyak tanggungjawab dan impian yang sedang dibina, semakin besar makna di sebalik pesanan ringkas itu.

Apa makna sebenar ‘Drive Safe’ pada Siti Saleha?

Pengalaman tersebut menjadi lebih jelas buat beliau ketika menghadiri Volvo SELAMAT Driving Experience baru-baru ini di SIC Driving Experience Centre. Datang tanpa menyangka apa yang bakal di acara itu disangka sekadar sesi pemanduan dan pengenalan tentang aspek keselamatan kereta. Sepanjang pengalaman itu berlangsung, perspektifnya terhadap keselamatan mula berubah sedikit demi sedikit.

Bila ‘Drive Safe’ Tidak Lagi Kedengaran Biasa…

Daripada sesi safety briefing hinggalah latihan pemanduan yang dijalankan, apa yang paling memberi kesan bukanlah kelajuan atau teknologi, sebaliknya bagaimana perkara kecil yang sering dianggap remeh sebenarnya memainkan peranan besar ketika berada di jalan raya. Tindakan mudah seperti memeriksa blind spot, memakai tali pinggang keledar dengan betul atau memberi perhatian penuh ketika memandu kelihatan seperti rutin harian yang biasa, namun dalam situasi sebenar, setiap keputusan kecil itu boleh menentukan sama ada seseorang selamat tiba ke destinasi atau sebaliknya.

Bagi Siti Saleha, pengalaman tersebut membuka mata tentang betapa mudahnya kita menjadi terlalu selesa dengan rutin harian. Dalam kehidupan yang sentiasa sibuk, ramai yang memandu secara automatik tanpa benar-benar sedar bahawa kealpaan beberapa saat sahaja mampu mengubah banyak perkara.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Malaysia (@glammalaysia)

Kesedaran itu menjadi lebih mendalam apabila beliau diperkenalkan kepada kalkulator SELAMAT, satu platform interaktif yang dibangunkan Volvo Car Malaysia bersama Mr Money TV. Platform ini tidak sekadar memaparkan angka atau statistik. Sebaliknya, ia mengajak pengguna untuk melihat semula nilai sebenar sebuah kepulangan.

Bila ‘Drive Safe’ Tidak Lagi Kedengaran Biasa…Melalui beberapa siri soalan berkaitan gaya hidup, tanggungan, pekerjaan dan masa depan, platform tersebut membantu pengguna memahami kesan emosi dan kewangan yang mungkin ditinggalkan sekiranya sesuatu berlaku kepada mereka. 

Apa yang menjadikan pengalaman itu begitu dekat dengan hati ialah bagaimana ia menyentuh perkara yang sering kita lupa fikirkan iaitu keselamatan sebenarnya melibatkan lebih daripada diri sendiri.

Di sebalik setiap perjalanan pulang, ada insan yang menunggu. Ada keluarga yang bergantung harap. Ada impian yang masih belum tercapai dan kehidupan yang masih sedang dibina. Kita bakal menyedari semua itu apabila diminta untuk berhenti seketika dan melihatnya dari sudut yang berbeza.

Itulah pendekatan yang cuba dibawa Volvo Car Malaysia menerusi kempen SELAMAT. Berbanding menggunakan mesej yang dramatik atau menakutkan, Volvo memilih untuk menjadikan keselamatan sebagai satu perbualan yang lebih dekat dengan realiti kehidupan seharian. 

Menurut Volvo Car Malaysia, kempen ini diwujudkan bagi mengubah persepsi masyarakat terhadap keselamatan jalan raya daripada sekadar ciri dalam spesifikasi kenderaan kepada satu tanggungjawab bersama. Keselamatan tidak lagi dilihat sebagai sesuatu yang hanya bergantung kepada teknologi semata-mata. Ia turut bermula daripada sikap, kesedaran dan keputusan kecil yang dibuat setiap hari ketika berada di jalan raya.

 

Bila ‘Drive Safe’ Tidak Lagi Kedengaran Biasa…Bagi Siti Saleha sendiri, perkara itu menjadi antara mesej paling penting yang dibawa pulang selepas menghadiri pengalaman tersebut. Apa yang menarik perhatiannya ialah bagaimana Volvo Car Malaysia melihat keselamatan sebagai sesuatu yang melangkaui fungsi sesebuah kereta. Ia tentang membina budaya pemanduan yang lebih bertanggungjawab dan lebih peduli terhadap orang lain.

Dan mungkin itulah sebab mengapa ayat “drive safe” terasa berbeza selepas pengalaman ini. Di sebalik dua perkataan yang sering disebut itu, sebenarnya tersimpan harapan yang cukup besar daripada orang-orang yang menyayangi kita dengan harapan agar kita sentiasa pulang dengan selamat.

Artikel berkaitan: GLAM Dan Sharifah Sakinah Kongsi Pengalaman #MyVolvoVibe