Bintang lokal Malaysia kini berjaya mencipta fenomena tersendiri dengan jutaan strim di platform Spotify daripada pendengar di seluruh dunia, sekaligus meletakkan muzik Malaysia sebaris dengan industri global.
Spotify adalah salah satu platform penstriman muzik digital yang membolehkan pengguna mendengar jutaan lagu, album dan podcast secara dalam talian. Kini, daripada balada galau hingga lagu pop, ramai pemuzik tempatan Malaysia berjaya mempunyai banyak strim dan pendengar setia bulanan. Lebih menarik, kejayaan mereka membuktikan bahawa muzik lokal kini mempunyai kuasa untuk merentasi sempadan bahasa dan budaya. GLAM himpunkan barisan bintang lokal yang menaikkan muzik Malaysia di persada dunia dan kekal mencuri perhatian dunia penstriman masa kini.
Ini Barisan Artis Tempatan Sensasi Di Spotify!
1. Yuna
Yunamemulakan perjalanan muziknya sebagai seorang penyanyi dan penulis lagu yang aktif memuat naik karya secara dalam talian, sebelum namanya mula mencuri perhatian selepas kemenangan dalam beberapa pertandingan muzik tempatan. Terbaharu, pencapaian lebih 1 bilion strim di Spotify menjadi bukti kukuh perjalanan luar biasanya iaitu daripada penyanyi indie tempatan kepada bintang muzik global yang terus mengharumkan nama Malaysia di persada dunia. Selain rekod cemerlang itu, penyanyi lagu ‘Terukir di Bintang’ itu juga dilaporkan mempunyai lebih 3.7 juta pendengar bulanan serta sekitar 476,000 pengikut di Spotify. Karya-karya Yuna turut mendapat sambutan luas di peringkat antarabangsa, dengan antara negara tertinggi yang mendengar muziknya termasuk Amerika Syarikat, Malaysia, Indonesia, Singapura dan Australia. Ini membuktikan daya tarikan muziknya yang berjaya menembusi pasaran global.
2. Aisha Retno
Aisha Retnosemakin menyerlah sebagai antara bakat muda yang membawa nafas baharu dalam industri muzik tempatan. Dengan identiti muzik yang moden serta sentuhan kreatif dalam penulisan lagu, beliau berjaya membina ruang tersendiri dalam kalangan pendengar generasi hari ini. Penyanyi di sebalik karya popular ‘Jodoh Lebaran’ itu kini mencatat lebih 4 juta pendengar bulanan di Spotify, dengan majoriti pendengarnya datang dari Malaysia dan Indonesia. Bersama lebih 70 ribu pengikut di platform Spotify, kini Aisha Retno membawa watak Puteri Gunung Ledang dalam pementasan teater muzikal tersebut. Seiring dengan itu, Aisha Retno terus memperlihatkan versatiliti dalam dunia seni persembahan. Pada masa yang sama, beliau kekal konsisten mengembangkan kerjaya muziknya, sekali gus mengangkat nama Malaysia melalui dedikasi dan kecintaannya terhadap seni dalam pelbagai bentuk ekspresi.
3. Ernie Zakri
Ernie Zakriterus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara vokalis terkuat dalam industri muzik Malaysia dengan pencapaian lebih 3 juta pendengar bulanan di Spotify. Suaranya yang penuh emosi serta teknik vokal yang luar biasa menjadikan setiap lagu yang dibawakan mudah menusuk ke hati pendengar, sekali gus terus kekal relevan dalam landskap muzik arus perdana. Turut mempunyai pengikut seramai lebih 400 ribu di Spotify, penyanyi karya ‘Ku Bersuara’ itu terus membuktikan bahawa karya berjiwa dan balada autentik masih mempunyai tempat yang kuat di platform digital seperti Spotify.
4. Dato’ Sri Siti Nurhaliza
Dato’ Sri Siti Nurhaliza terus membuktikan statusnya sebagai legenda muzik tanah air dengan lebih 3 juta pendengar bulanan di Spotify serta lebih 2 juta pengikut di platform tersebut. Kejayaan ini mencerminkan kekuatan pengaruhnya yang tidak pernah pudar, meskipun telah lama berada dalam industri muzik. Dengan vokal yang ikonik dan karisma yang sentiasa mempesona, beliau kekal relevan merentasi generasi pendengar. Sebagai antara figura paling berpengaruh dalam industri hiburan Malaysia, Siti Nurhaliza bukan sahaja dikenali di Malaysia, malah turut mempunyai pengaruh serantau yang kuat. Antara pendengar setianya di platform Spotify datang daripada Malaysia dan Indonesia.
Misha Omar kekal menjadi antara suara ikonik dalam industri muzik Malaysia dengan pencapaian lebih 400 ribu pendengar bulanan di Spotify serta lebih 200 ribu pengikut di platform tersebut. Keunggulan vokalnya yang sarat emosi serta kekuatan interpretasi lagu menjadikan setiap karya yang dibawakan sentiasa meninggalkan kesan mendalam kepada pendengar. Antara pendengar setianya di Spotify turut datang dari Malaysia dan Singapura. Penyanyi lagu ‘Break’ itu terus sinonim dikenali dengan karya balada meruntun jiwa dan dekat dengan hati pendengar.
6. DOLLA
DOLLAterus meraih perhatian sebagai salah satu kumpulan pop wanita yang kian menonjol dalam industri muzik Malaysia dengan lebih 200 ribu pendengar bulanan di Spotify serta lebih 70 ribu pengikut. Dengan identiti muzik yang moden, bertenaga dan berani, mereka berjaya membina nama tersendiri yang dekat dengan generasi pendengar masa kini. Antara pendengar setia DOLLA di Spotify turut datang dari Thailand, Malaysia dan Singapura. Dengan konsep visual yang kuat serta muzik yang sentiasa mengikuti arus semasa, DOLLA kekal sebagai antara wajah penting dalam evolusi pop moden tempatan. Antara karya-karya yang mempunyai strim banyak di Spotify adalah ‘Raya Raya Raya’ dan ‘Mwa!’.
7. Dayang Nurfaizah
Dengan keanggunan vokal yang konsisten dan interpretasi lagu yang penuh rasa, Dayang Nurfaizah terus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara nama besar dalam industri muzik Malaysia. Di Spotify sahaja, beliau mencatat lebih 300 ribu pendengar bulanan serta lebih 200 ribu pengikut, sekali gus membuktikan pengaruhnya yang kekal konsisten dalam era digital. Antara pendengar setianya di Spotify datang dari Malaysia dan Singapura, memperlihatkan daya tarikannya yang merentas sempadan serantau. Misalnya, lagu kolaborasi bersama Faizal Tahir berjudul ‘X Missing You’ telah mencatatkan sebanyak 11 juta strim di Spotify.