Dua Hari Tawaran Hebat Menanti di Burger & Lobster KLCC!
Maya Kusuma merupakan penulis di GLAM Malaysia. Penulisannya menjelajah dunia gaya hidup m...
Read Full BioHari yang paling ditunggu-tunggu oleh peminat makanan laut akhirnya kembali! Burger & Lobster KLCC dengan bangganya mempersembahkan World Lobster Day 2025, sambutan terbesar tahun ini yang menjadi acara tahunan paling dinanti.
Bersedia, kerana bulan September ini Burger & Lobster KLCC bakal menjadi lokasi paling meriah di ibu kota. Untuk tahun ketiga berturut-turut, restoran ikonik ini mengangkat World Lobster Day 2025 sebagai pesta makan yang bukan sahaja tentang rasa, tetapi juga tentang pengalaman. Menariknya, hidangan lobster yang suatu ketika dahulu dianggap biasa kini diraikan sebagai simbol kemewahan dan kali ini Burger & Lobster mahu berkongsi nikmat itu dengan semua, tanpa batas.
Istimewa buat pencinta lobster

Blok kalendar anda pada 25 dan 26 September 2025. Dua hari istimewa ini bukan sekadar makan, tetapi pesta penuh tawaran. Bayangkan menikmati roti lobster gebu dengan isi segar yang melimpah. Pada 25 September, ada promosi Buy 1, Free 1 Lobster Roll. Seterusnya pada 26 September, setiap pembelian Lobster Combo akan dihidangkan bersama Lobster Roll percuma. Dua hari, dua sebab untuk kembali dan siapa yang sanggup lepaskan peluang begini?

Dan pengalaman ini tidak terhenti pada makanan sahaja. Dari jam 5 petang hingga 8 malam, suasana akan dihidupkan dengan muzik daripada DJ Tim, membawa anda ke mood pesta penuh gaya. Selepas itu, anda boleh menikmati waktu malam dengan KLCC Symphony Lake Water Show yang terkenal dengan persembahan air pancut bercahaya, berlatarkan menara berkembar yang menakjubkan.
Buat mereka yang suka mengumpul kenangan, ada sesuatu yang tidak boleh dilepaskan iaitu topi edisi terhad World Lobster Day. Koleksi eksklusif ini pasti akan jadi rebutan, jadi cepat-cepat dapatkan sebelum kehabisan. Tidak cukup dengan itu, menu pencuci mulut baharu iaitu Ice Cream Brioche juga menanti anda, dicipta khas hanya untuk sambutan kali ini. Percayalah, ia adalah penutup sempurna selepas sesi “crack that claw”!
Oh, ada satu lagi bonus untuk peminat setia. Jika anda menunjukkan artikel ini atau hantaran media sosial rasmi Burger & Lobster KLCC semasa membuat pembelian, anda akan menerima mocktail percuma. Sedikit kejutan manis untuk menemani pesta anda.
“World Lobster Day bukan hanya tentang makanan malah ia tentang mencipta detik indah, mencuba sesuatu yang baharu, dan merayakan kegembiraan bersama,” kata Mark Danilo Fandino, Pengurus Besar Burger & Lobster KLCC.
Jelas sekali, tahun ini menjanjikan sesuatu yang lebih meriah berbanding sebelumnya. Dari tawaran makanan hebat, hiburan secara langsung, pemandangan ikonik KLCC, hingga barangan eksklusif yang boleh dibawa pulang, menciptakan memori yang sukar dilupakan.
Untuk maklumat penuh dan sneak peek eksklusif, pastikan anda mengikuti Instagram @burgerandlobsterklcc. September ini, perayaan lobster adalah masa terbaik untuk anda keluar, berseronok, dan menikmati lobster dengan penuh gaya.
Artikel Berkaitan: Restoran Wajib Anda Kunjungi 2025
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
