Related Stories
Siti Saleha & Tyra Kamaruzzaman Serlah Gaya Feminin Longines
Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandunga...
Read Full BioSelalunya jika berbicara tentang jam tangan, pastinya ia dimonopoli dengan topik rekaan rumit. Sampaikan mungkin membuatkan wanita menjauhkan diri dari mengumpul jam tangan. Tetapi, bukan di Longines kerana jam tangan mereka mengangkat selera kewanitaan yang feminin. Dua karya jenama jam tangan ini memancarkan selera elegan dan lembut dimiliki oleh Siti Saleha dan Tyra Kamaruzzaman.
The Longines Master Collection
Jika ada wanita yang cukup menyukai jam tangan yang teknikal dan masih mempunyai gaya feminin, himpunan The Longines Master Collection adalah sepatutnya menjadi pilihan hati. Rekaan jam tangan ini menzahirkan gaya moden dan masih mengekalkan nilai tradisi yang dimiliki dalam hal seni pembuatan. Jam tangan ini mungkin nampak klasik, namun kekayaannya nampak pada seni teknikal juga pemilihan material. Seperti tatahan berlian yang menggantikan nombor menzahirkan lagi nilai mewahnya pada wanita.
https://www.instagram.com/p/CqAod0ppdFK/
Jam tangan ini hadir dengan rizab kuasa 72 jam yang cukup dinamik. Buat jam tangan The Longines Master Collection yang baharu ini hadir dengan teknikal gerakan mechanical self-winding bertambah kuasa dengan kaliber L899 menjadi tarikan buat wanita yang minat dengan jam tangan automatik. Talinya pula menggunakan kulit buaya, lagi menaikkan seri glamor pada wanita.
https://www.instagram.com/p/CqAoiBSpRK7/
Longines Primaluna
Selalunya, jam tangan di Longines sesuai buat wanita mahupun lelaki. Tetapi yang satu ini direka dengan meletakkan wanita sebagai tunjangnya. Mendengar namanya pun sudah menunjukkan nilai feminin yang dimiliki oleh jam tangan ini. Direka pada 2009, jam tangan Longines Primaluna menjadikan bulan sebagai idea utamanya. Ia cukup indah menghiasi langit malam, seakan menzahirkan karakter wanita yang misteri.
https://www.instagram.com/p/CqApJMppdMN/
Menggunakan keluli tahan karat berona perak membiaskan idea rembulan pada jam tangan yang satu ini. Dial hijau pula lebih indah dengan tatahan berlian menggantikan nombor indeks pada permukaan jam. Item arloji yang feminin ini menggunakan kaliber L296 dengan teknologi kuartz. Rekaan bekas yang bujur buat wanita yang mahukan citra gaya feminin dan lembut. Boleh digayakan siang ke acara malam.
Artikel Berkaitan: Ketulusan Seni Reka Sofistikated Jam Tangan Longines
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
