fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
“My Home Is In Your Arms” Menampilkan Penceritaan Dari Lansa Berbeza
25 Foto Majlis Istiadat Bersanding Putera Mateen & Dayang Anisha Rosnah
Club Med Serre Chevalier Tawar Gaya Hidup Eco-Friendly
#JoinTheFlipSide Bersama Samsung Galaxy Unpacked 2023
Ariana Grande Sah Bergelar Isteri Dalam Satu Majlis Intim
Home > Gaya Hidup > Ikut Jejak Ibu, Puteri Heidi Klum Hiasi Cover Vogue Buat Kali Pertama

Ikut Jejak Ibu, Puteri Heidi Klum Hiasi Cover Vogue Buat Kali Pertama

Siapa sangka, anak model terkenal ini yang dulunya dilihat sebagai gadis kecil kini sudah bergelar remaja dan memulakan langkah pertamanya dalam dunia modeling. Leni Klum yang baru berusia 16 tahun muncul bersama ibunya sebagai penghias muka hadapan majalah Vogue Germany edisi Januari 2021.

Dua beranak ini tampil sedondon dalam sut bersaiz besar rona biru, merah jambu dan hijau yang direka khas oleh Versace untuk sesi penggambaran ini, di mana Heidi dirakam mencium pipi anaknya.

Dalam hantaran terbaru di Instagram, Heidi mengulas mengenai anak remajanya itu dan perjalanan kerjaya terbarunya.

“Ibu berharap walau di mana pun kamu berada, kamu akan sentiasa membawa apa yang telah ibu tanamkan dalam diri kamu sepanjang 16 tahun lalu. Untuk keputusan terbesar dalam hidup, mahupun yang paling kecil. Dan walaupun kamu jarang mahu mendengar nasihat bijak ibu, ikutlah nasihat ini: Jangan lakukan perkara yang kamu tak ingin lakukan dan sentiasa percaya pada naluri,” tulis Heidi yang diterjemah daripada bahasa Jerman.

“Ibu yakin waktu mengujakan menanti kamu. Vogue adalah jalan terbaik untuk memulakan kerjaya impian kamu. Dan walaupun sukar untuk ibu lepaskan kamu menerokai dunia ini, ibu akan sentiasa melakukan yang terbaik untuk buat kamu gembira dan menjadikan impian kamu satu kenyataan. Ibu bangga menjadi ibu kamu!”

Heidi Klum's Daughter Leni Klum Is the Mirror Image of Her Mum | British  Vogue
Foto: Chris Colls / Vogue Germany

Dalam satu video yang dirakam untuk Vogue, Heidi mencungkil perasaan Leni mengenai pengalaman pertamanya itu.

“Ia sangat menyeronokkan. Ia sangat mengagumkan. Dan saya suka ibu berada di sana bersama saya, kerana dari kecil lagi, saya sentiasa menemani ibu pergi bekerja,” jelas Leni.

Baca: Ini Dia Tip Kecantikan Eksklusif Daripada Top Model Kegemaran Anda!