Jenama perabot premium terkemuka tanah air, Rozel membuka semula pintu ruang pamerannya di Bandar Seremban. Bilik pameran yang berwajah baharu kini tampil dengan facade hadapan bangunan berkaca. Lalu menyelubungi ruang paparan nan elegan.
Berpunya empat tingkat dengan konsep dalaman siling tinggi dari lantai ke siling, ruang pameran Rozel berwajah baharu ini mengambil lokasi di 24, Wisma Gan Tam, Jalan Tuanku Munawir, 70000 Seremban. Membingkiskan pandangan yang memesonakan baik dari luar atau dalam ruang pameran, keluasan ukurannya bertambah dari 8,000 kaki persegi kepada 30,000 kaki persegi.

Bertitik tolak dari itu; setiap rincian ruangan mahupun himpunan perabot yang terpamer dari balik kaca ruang pameran, kini terlihat di seluruh sisi bangunan. Dengan peningkatan ruang pameran yang jauh lebih luas, ia dapat memberi peluang yang lebih baik bagi pelanggan serta pemuja Rozel untuk melihat himpunan perabot berkualiti dengan lebih jelas. Sekali gus, mengimbangi pengalaman mewahnya di bilik pameran yang lebih baik.

Rozel yakini pengalaman pelanggan adalah kunci untuk melebihi jangkaan pengunjung. Oleh itu, Rozel menciptakan suasana serta pengalaman ruang pameran yang konsisten, selesa dan mewah di semua titik sentuh bagi mengungguli standard pelanggan. Bilik pameran dibuka setiap hari waktu bekerja dari 10:00 pagi sehingga 8:00 malam. Manakala pada hujung minggu serta cuti umum pula, pintu ruang pamerannya dibuka pada 10:00 pagi sehingga 9:00 malam.

Tidak hanya memperluaskan himpunan produknya dari rangkaian sofa tunggal, jenama perabot premium terkenal tanah air ini terus memenuhi segenap ruang kediaman idaman dari laman tamu, ke ruang makan dan kamar tidur. Rozel sudah memperlihatkan pelbagai koleksi dari siri Gen R, siri Emas, koleksi Signature, koleksi Gaya Hidup dan Maxiflex Mattress yang kini terpamer indah dari balik kaca ruang pamerannya di Seremban.
Pautan berkaitan: Feels Like Home Bersama H&M HOME
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
