Related Stories
Raikan Festival Cahaya Penuh Warna Di Pavilion Kuala Lumpur
Tahun ini, Pavilion Kuala Lumpur akan membawa pengunjung menerusi ‘Journey of Colours’ dengan Pentas Peragaan Kolam sepanjang 500 meter bersempena sambutan Deepavali.
Dalam menyambut perayaan Deepavali, Pavilion Kuala Lumpur mahu mengajak pengunjung untuk meraikan Festival Cahaya dengan dekorasi warna-warni, desain kolam yang menarik, citarasa India yang menyelerakan serta tawaran beli-belah eksklusif. Tahun ini, pusat beli-belah terkemuka di pusat ibu negara ini akan membawa pengunjung menerusi ‘Journey of Colours’ dengan Pentas Peragaan Kolam sepanjang 500 meter di bahagian luar Pavilion Kuala Lumpur.

Bermula hari ini sehingga 7 November, Pentas Peragaan Kolam sepanjang 500 meter ini akan menjadi tarikan utama dekorasi sambuatn tahun ini. Ia menghubungkan bahagian Couture Pavilion terus ke Connection, dengan melintasi Pavilio Crystal Fountain yang ikonik. Pengunjung dapat melihat lebih 100 desain penuh warna yang dihasilkan oleh penuntut daripada Raffles College, INTI International College Subang, dan INTI Center of Art and Design.

Desain kolam yang dipamerkan ini melambangkan kebudayaan dan kepelbagaian kaum di Malaysia, selain tema yang mewakili kemenangan atau cahaya menentang kegelapan. Pengunjung juga dapat melihat kolam bunga Teratai gergasi di antara Crystal Fountain dan Main Entrance. Ia melambangkan kehidupan abadi, kesucian, keindahan serta kekayaan, yang dapat memberikan nasib yang baik dan tuah kepada pengunjung.

Bukan itu sahaja, pengunjung berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah dan tawaran sepanjang Deepavali ini. Hanya belanja RM100 dalam satu resit di stor pakaian ataupun restoran untuk mendapatkan alas gelas seramik secara percuma. Atau pengunjung yang berbelanja RM200 dalam satu resit pula akan menerima baucar makan minum bernilai RM20.

Muat turun aplikasi mobil Pavilion KL di Google Play Store atau Apple App Store dan daftar untuk berpeluang memenangi baucar bernilai RM5,000.
Foto: Pavilion KL
Baca lebih lanjut: Transisi 4 Bintang K-Drama Dari Pentas Peragaan Ke Kaca Televisyen
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
