Kolaborasi LISA dan Rosalia Dalam Single Terbaru ‘New Woman’
Bintang pop terkenal LISA dan Rosalia menghangatkan dunia muzik dengan kolaborasi mereka dalam single terbaru New Woman.
LISA dari Blackpink dan Rosalia telah bekerjasama untuk single pop terbaru LISA, New Woman. Single ini dilancarkan di bawah label LISA sendiri, LLoud Co bersama RCA Records. New Woman dilancarkan pada hari Khamis, 15 Ogos 2024. Kolaborasi ini datang dengan muzik video yang sangat bergaya dengan vibe Y2K yang menambah sentuhan nostalgia kepada scene pop moden. Lirik chorus LISA yang berani sangat sesuai dengan tema pembaharuan dan keyakinan diri. LISA dan Rosalia pertama kali bertemu di Coachella 2023. Penyanyi dari Thailand itu sangat kagum dengan persembahan Rosalia membuatkan dia teringin untuk kolaborasi bersama Rosalia.
https://www.instagram.com/p/C-VL6GxKUY_/
LISA Bakal Muncul Di Global Citizen Festival 2024
Single terbaru ini mengikuti pelancaran single Rockstar yang diterbitkan oleh Ryan Tedder dan Sam Homaee, yang merupakan keluaran solo pertama LISA dalam tempoh tiga tahun. Bintang K-pop ini terkenal dengan kumpulannya, Blackpink yang telah meraih kejayaan besar di carta di seluruh dunia. LISA akan membuat penampilan di Global Citizen Festival pada bulan September bersama Post Malone, Doja Cat, Jelly Roll, dan Rauw Alejandro. Selain itu, LISA juga akan membuat penampilan sulungnya sebagai pelakon tahun depan apabila HBO memulakan musim ketiga The White Lotus. Dia merupakan ahli kedua Blackpink yang muncul dalam siri HBO, selepas Jennie dalam drama “The Idol,” yang ditayangkan pada Jun 2023.
https://www.instagram.com/p/C80gJyEPD7r/?img_index=1
LISA sebenarnya sudah memberi petunjuk tentang kerjasama ersebut awal minggu yang lalu. Dalam video yang dimuat naik di TikTok, LISA yang berambut merah jambu menunjukkan loket bentuk bintang di lehernya. “Bangin’ it, bangin’ it, wanna crack these walls/ Bangin’ it, bangin’ it, wanna echo through the halls,” dia menyanyi di atas irama mid-tempo yang diinspirasikan oleh Y2K. “Pullin’ up, fresh face, brand new día.”
Kolaborasi antara penyanyi Thailand dan Sepanyol ini menggegarkan lagi dunia muzik apabila Rosalia menggabungkan rap dwibahasanya. “Nací pura, sí/ Ni una era será un flop en mi porvenir/ P—, soy la Rosalía, solo sé servir” (terjemahan: “Saya dilahirkan murni/ Tidak akan ada era flop dalam masa depan saya/ saya Rosalía)
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
