Related Stories
Konsert Bertaraf Di Kuala Lumpur: Mesti Tonton
Kuala Lumpur sekali lagi diangkat sebagai destinasi pilihan bagi barisan bintang antarabangsa yang ingin menyentuh jiwa para peminat menerusi konsert berskala eksklusif. Musim konsert 2025 menjanjikan pengalaman yang bukan sekadar hiburan, tetapi satu manifestasi seni yang menyatukan gaya, emosi dan kehebatan vokal menjadikan setiap momen di pentas sesuatu yang patut dikenang.
Yesung: Keintiman Emosi Melalui “It’s Complicated”
Vokalis utama Super Junior yang tidak asing lagi, Yesung, akan membuka tirai konsert solonya di Malaysia buat julung kalinya menerusi It’s Complicated Asia Tour pada 12 April 2025. Bertempat di Zepp KL, lokasi yang sinonim dengan kualiti akustik bertaraf dunia peminat akan dihidangkan dengan seleksi lagu-lagu terbaru daripada album mini-November 2024, termasuk There She Goes Again, Beautiful Paradox, dan lagu utama yang menjadi buah mulut ramai. Untuk mereka yang menghargai kehalusan vokal dan sentuhan emosi dalam muzik, ini adalah sebuah persembahan yang tidak boleh dilepaskan.
Jay B: Sebuah Malam Bersama & Karisma GOT7
Bagi pencinta muzik R&B moden, Jay B ketua kumpulan ikonik GOT7 akan memukau pentas Zepp KL pada 27 April 2025 menerusi jelajah TAPE: RE LOAD Asia Tour. Konsert ini bukan sekadar paparan muzik, tetapi suatu pernyataan seni peribadi, di mana setiap lirik dan susunan lagu menterjemahkan kisah serta identiti Jay B sebagai artis solo. Sebuah malam eksklusif yang menjanjikan keintiman, keaslian, dan pesona artistik dalam suasana yang tertutup dan berkelas.
Alexander Stewart: Lagu Menyentuh Jiwa
Pada 24 Mei 2025, The Platform di Menara KEN TTDI akan disemarakkan dengan suara merdu Alexander Stewart dalam The Bleeding Hearts Tour. Penyanyi muda berbakat besar ini akan membawa penonton menyelusuri kisah-kisah cinta dan kehilangan dengan sentuhan lirik puitis dan vokal penuh penghayatan. Konsert ini menawarkan peluang untuk mendekati karya seni dalam bentuk paling tulus dan raw, seakan menyaksikan helaian diari peribadi dibacakan secara musikal.
Boyz II Men: Sebuah Legasi
Tidak ada yang lebih mengagumkan selain menyaksikan legenda hidup membuat kemunculan semula. Boyz II Men, simbol agung R&B dunia, bakal menggamit nostalgia menerusi konsert istimewa di Mega Star Arena pada 25 Mei 2025. Lagu-lagu malar segar seperti End of the Road dan I’ll Make Love To You akan membawa kita kembali ke zaman kegemilangan muzik cinta yang abadi disampaikan dengan harmoni vokal yang tidak pernah luntur ditelan zaman.
BABYMONSTER: Sensasi Generasi Baru
Sebagai penutup kepada rangkaian persembahan eksklusif ini, kumpulan sensasi Korea, BABYMONSTER, bakal membuat penampilan sulung mereka di Malaysia menerusi Hello Monsters World Tour pada 21 Jun 2025. Gabungan estetika pentas yang canggih dan tenaga muda yang menggelegak menjadikan konsert ini sebuah fenomena budaya yang akan menandakan era baru dalam dunia K-pop. Sebuah persembahan untuk generasi baharu penuh warna, gaya, dan kuasa ekspresi.
Setiap persembahan ini bukan sekadar acara hiburan ia adalah manifestasi seni. Bagi anda yang menghargai keindahan muzik dan pengalaman eksklusif yang dirancang rapi, inilah masa untuk meraikan seni persembahan dalam bentuk terbaiknya. Pastikan tempat anda terjamin kerana malam-malam seperti ini, hanya hadir sekali dalam seumur hidup.
Artikel Berkaitan: 5 Buku Terbaru untuk Dibaca pada Mac 2025
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
