fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Penjejak Kecergasan Terbaik Untuk Mencapai Kesihatan Optimal
Set Krimas Premium dengan Kerjasama Cassey Gan dan Oh Cha Matcha
DATIN X: Puan Sri Gila Berlian, Habis Barang Kemas Peninggalan Isteri Pertama Dikebas!
Elak Makanan Ini Jika Ingin Gigi Lebih Putih
Seks Ketika Hamil : Bagaimana Ia Membantu Proses Kelahiran?
Home > Gaya Hidup > Nicki Minaj Dedah Wajah Putera Sulung

Nicki Minaj Dedah Wajah Putera Sulung

Akhirnya, selepas tiga bulan selamat melahirkan, Nicki Minaj berkongsi gambar anak lelakinya di Instagram Sabtu lalu.

Dia memuat naik lima foto bayinya dalam pakaian berjenama dan peminat serta rakan selebriti mula berpusu-pusu menulis komen memuji kecomelan anaknya itu.

Tulis Nicki di kapsyen, #PapaBear terima kasih kerana memilih ibu untuk menjadi mama kamu. Semoga Tahun Baru anda lebih gembira dan sejahtera. Terima kasih di atas kasih sayang dan sokongan anda sepanjang perjalanan ini. Ia sangat bermakna buat saya.”

Dia turut mengulas mengenai tanggungjawab yang dipikulnya sejak bergelar ibu. “Menjadi seorang ibu adalah pekerjaan paling memuaskan yang pernah saya lakukan. Saya mahu sebarkan kasih sayang kepada semua ibu adi wira di luar sana. Pelukan daripada saya buat semua wanita yang hamil ketika waktu mencabar ini.”

https://www.instagram.com/p/CJizFyJLX4k/

Penyanyi Starships ini juga berkongsi satu video anaknya sedang tersenyum di dalam buaian di Twitter dengan kapsyen, “Best of 2020.”

Sehingga kini, dia masih belum mendedahkan nama sebenar puteranya dan hanya menggelarnya Papa Bear. Sebelum ini dalam satu program bual bicara, Queen Radio, Nicki berseloroh bahawa dia hampir memberi nama ‘Ninja’ kepada anaknya.

Nicki dan suami, rapper Kenneth Petty berkahwin pada 2019 setelah bertahun-tahun mengenali hati budi masing-masing.

Foto: Republic Records

Baca: Halsey Dikecam, Kongsi Foto Lama Hidapi Gangguan Pemakanan