Edisi Terhad Coconut Flavour Over Ice Nespresso Membias Sensasi Segar Dengan Citarasa Tropika
Sebagai Pengarah Kreatif, mindanya ibarat kanvas yang hidup; liar, puitis, dan sentiasa di...
Read Full BioBerita baik buat semua penggemar kopi di Malaysia, Nespresso Atelier memberi peluang untuk anda mencipta resipi kopi dan susu anda dari keselesaan kediaman anda sendiri. Ahh…enaknya!
Bagi menambah kenikmatan rasa dan kegembiraan di kediaman sendiri, Nespresso Atelier, mesin kopi serba boleh yang mampu membuat resipi kopi panas dan sejuk, tampil dengan debutnya di Malaysia! Dengan kecanggihan teknologi yang ada pada Nespresso Atelier, ia memberi momen personal untuk anda mencipta pelbagai resipi, dari cappuccino, white flat, mocha hingga latte macchiato dan juga ice frappe. Lebih istimewa penggemar kopi dapat memilih sama ada mahu menikmati secawan kopi dan bukan kopi (misalnya coklat) yang diperibadikan menggunakan mesin kopi yang versatil ini.

Cipta pengalaman ais kopi yang lebih enak di rumah bersama dulang ais kiub Nespresso yang kini hadir tersusun bagi memastikan ais sentiasa tersedia untuk dinikmati. Kit dulang ais ini datang dengan palet warna baru yang sesuai dengan kapsul Edisi Terhad Coconut Flavour Over Ice.
Bukan sahaja moden, Nespresso Atelier secara automatik dapat membekalkan susu atau alternatif berasaskan tumbuhan langsung ke cawan, tidak mengira apa pun pilihan paling anda gemari sama ada susu badam, susu bijirin, susu soya. Ia dilengkapi dengan milk frother yang boleh ditanggal dan mudah dibersihkan, dan amaran cucian untuk memastikan fungsi mesin agar pengalaman menikmati kopi lebih sempurna, sepanjang masa!
Bayangkan di mana anda sedang menikmati saat paling menyegarkan bersama kopi kegemaran kala bersantai bersama rakan dan keluarga di rumah bersama secangkir kopi Barista Creations for Ice yakni rangkaian kopi yang direka khusus untuk dinikmati bersama ais. Barista Creations for Ice baru diberi sentuhan eksotik dengan Edisi Terhad Coconut Flavour over Ice yang segar lagi menakjubkan!
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
