Related Stories
TELEPUK: Masyhurkan Kembali Seni Warisannya
Arus globalisasi membawa perubahan kepada persekitaran kehidupan masyarakat pada hari ini termasuk warisan budaya. Budaya yang kian berubah dan harus berubah mengikut keperluan serta konteks zaman. Begitu juga dengan warisan seni Telepuk sebelum ini dianggap sebagai seni yang sudah pupus. Walau bagaimanapun, seni ini telah dihidupkan semula oleh Adiguru Kraf Ukiran Halus, Norhaiza Noordin, yang memulakan usaha menghasilkan corak atau cop motif kain telepuk pada sekitar tahun 2014. Sejak itu, Norhaiza telah menunjukkan minat serta terlibat secara aktif dalam mempromosikan seni telepuk melalui kerjasama dengan Pergerakan Langkasuka dan Yayasan Hasanah.

Asal Usul Seni Telepuk
Warisan Seni Telepuk Telepuk telah dipercayai telah wujud sejak kurun ke-17 lagi di Tanah Melayu dan begitu terkenal di kalangan golongan atasan. Kain Telepuk ini berasal daripada Sulawesi Indonesia yang dibawa masuk oleh pedagang Bugis. Kewujudan Seni Telepuk ini dianggarkan bermula sekitar kurun ke-17 hingga ke-18 Masihi dan dipercayai dibawa masuk oleh masyarakat Bugis Sulawesi, Indonesia ke negeri Tanah Melayu seperti Selangor, Perak, Kedah, Johor, Terengganu, Kelantan dan Pahang melalui aktiviti perdagangan.
Penghasilan kain Telepuk ini menggunakan beberapa bahan utama seperti blok kayu, Arabic gam dan kertas emas. Telepuk dapat ditakrifkan sebagai proses menelepuk (menekap) ke atas permukaan kain tenun bugis, kain tenun benang halus, kain limar, kain antelas, mahupun sutera satin, dengan menggunakan perada emas (perada terbang) melalui acuan sarang bunga pelbagai motif.

Menurut sastera lama, Telepuk bermaksud bunga-bungaan yang terdiri daripada bunga teratai yang terhasil daripada teknik menghias kain menggunakan perada atau kertas emas. Di samping itu, Telepuk merupakan istilah yang merujuk kepada teknik mengecap perada emas di atas permukaan kain yang telah digerus.
Bunga menjadi sumber inspirasi utama bagi seniman Telepuk dalam mencipta motif reka bentuk flora Telepuk yang menarik. Motif reka bentuk flora dalam tekstil Telepuk menjadi lambang estetika, setiap motif flora mempunyai nama khas, seperti bunga tanjung dan bunga teratai. Motif reka bentuk bunga digunakan oleh ahli keluarga diraja untuk menunjukkan keindahan, kecantikan, kebangsawanan, dan estetika Melayu. Selain itu, motif fauna turut sering digunakan untuk menghiasi kain Telepuk, seperti motif kuda laut. Malah, motif bulan dan bintang juga digunakan untuk memperindah kain Telepuk. Warna fabrik yang biasa digunakan untuk penghasilan kain telepuk adalah warna gelap, oleh itu, ia sesuai untuk menimbulkan motif dan corak emas di atas kain tersebut supaya kontras dengan latar belakang yang menjadikannya bersifat eksklusif.

Cara penjagaan tekstil telepuk unik kerana tidak dicuci seperti kebiasaan kain lain. Sebaliknya dilakukan secara tradisional yang dikenali sebagai wukok kain. Ia kaedah rawatan pembersihan kain secara tradisional masyarakat Melayu terdahulu bertujuan untuk mewangikan kain dan memelihara ketahanan warnanya terutama bagi kain tenun, songket serta limar. Antara bahan digunakan ialah setanggi yang dibakar bersama kayu cendana, kemenyan, kayu kasturi, gula batu, daun pandan wangi, narwastu dan kayu gaharu.

Naskah Telepuk: Forgotten Flowers Of Gold terjemahan Bahasa Inggeris bagi karya dalam Bahasa Malaysia, berfungsi sebagai jambatan antara budaya, membawa seni tekstil Melayu yang kompleks dan sarat sejarah kepada khalayak global. Pelancaran naskah indah ini dirasmikan oleh DYM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin, di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam. Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Datin Paduka Mastura Muhamad, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), dan Abdul Razak Aziz, pengasas Gerakan Langkasuka serta penerbit buku tersebut. Usaha murni ini didukung dengan Yayasan Hasanah menyokong pemulihan Telepuk, dengan Kerjasama rakan-rakan industri yang kepakaran tinggi untuk membantu memelihara seni ini.
Artikel Berkaitan:Retorik: Warisan Dan Budaya, Di Mana Aset Nilainya? – oleh Syomir Izwa
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
