Potato Head Menjadi Syurga Buat Destinasi Gastronomi
Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandunga...
Read Full BioPada 2023, Potato Head disenaraikan dalam World’s 50 Best Hotels dan antara yang menjadi penariknya adalah pilihan tempat makan yang pelbagai.
Jika ke Bali, tidak mungkin akan lengkap aktivitinya tanpa singgah ke Potato Head. Kerana ia sudah menjadi ikon moden yang penting buat Bali, sejak terbinanya pada 2010. Sehingga kini, bangunan yang tersergam ala Colosseum rekaan Andra Matin terus maju dengan pelbagai pembaharuan yang mengikut aliran semasa. Jika awal pembukaan, ia hanyalah satu destinasi untuk para pengunjung menikmati pemandangan pantai dengan alunan muzik daripada DJ antarabangsa.

Kini, lokasi terulung Bali ini telah berkembang menjadi satu desa yang menyanjung kelestarian alam. Bukan itu sahaja, di Desa Potato Head ini juga menempatkan tempat makan yang mampu memenuhi selera semua. Di sini ada enam restoran yang mempunyai pengalaman kulinari yang berbeza yakni Tanaman, Kaum, Ijen, Sunset Park, Beach Club dan terkini Dome.
TIGA PENGALAMAN KULINARI PILIHAN GLAM DI DESA POTATO HEAD
DOME

Dome menjadi penarik terkini di Potato Head. Restoran yang dibina seakan satu kapal angkasa siap sedia membawa semua ke ruang gastronomi yang cukup mengagumkan dengan berpegang pada moto ‘Good Times, Do Good’. Restoran ini diketuai oleh Chef Diego Recarte dan dia memperkenalkan hidangan berasaskan semula jadi serta setiap bahan adalah hasil keluaran tempatan. Reka bentuk Dome ini mengabadikan idea Buckminster Fuller, yakni seorang aktivis hijau dan arkitek yang bersifat futuristik.
TANAMAN
Sejak diperkenalkan, Tanaman menjadi satu pilihan lokasi tempat makan paling popular buat mereka yang mahukan hidangan berasaskan organik dan hijau. Kini, Restoran ini memberikan servis lebih menyeluruh di Desa Potato Head buat hidangan sarapan, tengah hari dan malam. Keunikan yang dimiliki oleh pasukan di Tanaman adalah setiap bahan yang digunakan didapatkan oleh para petani regeneratif tempatan. Chef akan menggunakan setiap bahagian sayuran dan memastikan tiada yang terbuang.
KAUM

Mestilah apabila di Indonesia semua mahu merasa masakan tradisional mereka. Makanya, pilihan di Kaum ini mampu menepati permintaan selera semua. Bukan sahaja mempunyai makanan lokal, di restoran ini juga tersedia masakan asli daripada bahagian Indonesia yang lain seperti Maluku, Sumatera Barat dan Kepulauan Jawa. Kaum meraikan dan mempersembahkan rasa asal usul masakan Indonesia yang diilhamkan oleh suku asli Nusantara kepada khalayak global yang lebih luas.

Artikel Berkaitan: 5 Filem Terbaik Dian Sastrowardoyo, Bintang Gadis Kretek
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.


