Puteri Beatrice Bakal Bergelar Ibu Buat Pertama Kali
Cucu kepada Ratu Elizabeth II, Puteri Beatrice bakal bergelar ibu buat pertama kali bersama suaminya, Edoardo Mapelli Mozzi musim luruh nanti.
Seorang lagi bayi diraja bakal dilahirkan tidak lama lagi! Selepas kelahiran anak lelaki Puteri Eugenie awal tahun ini, adiknya pula Puteri Beatrice mengumumkan dia bakal bergelar ibu bersama suaminya, Edoardo Mapelli Mozzi. Cucu kepada Ratu Elizabeth II itu berkongsikan berita gembira itu melalui kenyataan rasmi daripada Buckingham Palace.

“Her Royal Highness Princess Beatrice dan Mr Edoardo Mapelli Mozzi dengan sukacitanya mengumumkan bahawa mereka bakal melahirkan seorang anak pada musim luruh tahun ini,” kenyataan rasmi melalui akaun Instagram rasmi keluarga diraja Britain (@theroyalfamily). “Ratu Elizabeth telah diberikan perkahabaran itu dan kedua-dua keluarga sangat gembira dengan berita tersebut.”

Anak pertama Puteri Beatrice ini nanti merupakan cucu kedua buat pasangan kontroversi, Putera Andrew dan Sarah Ferguson. Mereka telah menimang cucu pertama selepas kakak kepada Puteri Beatrice iaitu Puteri Eugenie melahirkan anak lelaki bernama August pada Februari lalu.
Dengan pengumuman rasmi ini, bayi diraja tersebut nanti akan menjadi cicit ke-12 buat Ratu Elizabeth. Dalam beberapa minggu lagi, Putera Harry dan Meghan Markle akan melahirkan anak perempuan pertama mereka. Lebih istimewa, berita gembira ini dikongsikan pada ulang tahun ketiga perkahwinan Putera Harry dan Mengan.

Puteri Beatrice dan Edoardo Mapelli Mozzi telah mengikat tali perkahwinan pada Julai tahun lalu. Mereka memilih untuk berkahwin dalam sebuah majlis yang penuh privasi dengan kehadiran 20 ahli keluarga dan kenalan terdekat sahaja, termasuklah Ratu Elizabeth serta mendiang Putera Philip. Sebelum ini, Edoardo telah mempunyai seorang anak lelaki bersama Christopher Woolf melalui perhubungan sebelum ini.
Foto: Getty Images
Baca lebih lanjut: Eksplorasi Dunia Kempen Gucci Melalui Pameran Gucci Garden Archetypes
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
