Related Stories
Kembali Bercinta, Bunga Citra Lestari Selangkah Menuju Bahagia
Genap tiga tahun pemergian Ashraf Sinclair, Bunga Citra Lestari akhirnya terbuka hati untuk menjalin hubungan baru.
Sambutan ulang tahun ke-40 tahun Bunga Citra Lestari baru-baru ini menjadi perbualan hangat netizen Indonesia apabila penyanyi dan aktres tersohor itu kelihatan begitu mesra dengan seorang jejaka tampan.
Menerusi foto dan video yang tular di TikTok, dia kelihatan amat teruja menyambut ulang tahun kelahirannya secara tertutup di sebuah pusat hiburan ditemani rakan-rakan. Sewaktu ingin meniup lilin di atas kek, penyanyi itu dilihat menarik tangan seorang jejaka untuk berada lebih dekat di sisinya. Jejaka itu dikenal pasti sebagai Tiko Aryawardhana

Foto: Tribunpalu
Siapakah Kekasih Baharu Bunga Citra Lestari?
Tiko Aryawardhana dikhabarkan seorang duda anak tiga yang bekerja dalam bidang pengurusan kewangan di sebuah bank terkemuka di Indonesia. Dia bercerai dengan isteri, Arina Winarto pada akhir tahun 2021.

Foto: Tribunsumse
Walaupun ini merupakan kali pertama kelibatnya dirakam dan dikongsi di media sosial, Tiko dilaporkan sering menemani Bunga Citra Lestari ke pelbagai acara umum sejak 2022. Ini termasuk majlis keluarga antaranya ketika sambutan ulang tahun kelahiran ibu bapa penyanyi itu. Dia juga dipercayai sebagai sosok jejaka dalam foto bayang yang dikongsi aktres My Stupid Boss itu sewaktu dia dan anaknya, Noah Aidan Sinclair bercuti ke Universal Studio Hollywood akhir tahun lalu.

Foto: Instagram
Memilih Untuk Mengunci Mulut
Sehingga kini pelantun lagu Cinta Sejati itu masih belum mengesahkan perhubungannya kepada umum. Bagaimanapun perkhabaran ini meletakkan noktah pada spekulasi percintaannya dengan Ariel yang hangat diperkatakan netizen sejak sekian lama.
Kehidupan peribadi penyanyi itu mencuri tumpuan ramai peminat terutama selepas suaminya, Ashraf Sinclair meninggal dunia. Aktor terkenal Malaysia dan mencipta nama di Indonesia itu menghembuskan nafas terakhir pada 18 Februari 2020 akibat serangan jantung ketika berusia 41 tahun.

Foto: Instagram
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 8 November 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Noah yang kini berusia 13 tahun.
Foto: Twitter
Baca: Mengenang Cinta Agung Ashraf Sinclair & Bunga Citra Lestari
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
