fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Acer Swift 5, Komputer Riba Mesti Miliki
OMEGA Seamaster Planet Ocean Worldtimer: Sempurna Buat Selam Lebih Dalam
Diari GLAM: Itinerari Lengkap 3 Hari Di Istanbul
Selepas 20 Tahun, Jennifer Lopez Dedah Asal Usul Panggilan J.Lo
Bagaimana Volvo EX30 Memperkasakan Perjalanan Keusahawanan Julie Anne Kang
Home > Gaya Hidup > Kenali Duke of Westminster Hugh Grosvenor, Milenial Terkaya Di UK

Kenali Duke of Westminster Hugh Grosvenor, Milenial Terkaya Di UK

Anda mungkin tidak pernah mendengar tentang Hugh Grosvenor mahupun melihat foto wajahnya. Tetapi seawal usia 25 tahun, dia telah pun mewarisi gelaran Duke of Westminster dan mempunyai portfolio hartanah antarabangsa yang sangat luas.

Kini pada usia 32 tahun, Hugh Grosvenor bergelar individu terkaya bawah 35 tahun di United Kingdom dengan nilai kekayaan RM59 bilion. Walaupun memiliki kekayaan luar biasa dan hubungan dengan kerabat Diraja, Duke of Westminster menikmati kehidupan jauh dari perhatian. Dia dilaporkan sibuk menyelia harta pusaka, terlibat dalam kerja amal keluarga dan bersaing dalam pertandingan menembak skit.

Glam kongsikan beberapa perkara menarik mengenai Hugh Grosvenor.

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Merupakan Individu Ke-11 Terkaya Di United Kingdom

Menurut Senarai Terkaya Times of London yang dikeluarkan Mei lalu, Hugh Grosvenor adalah individu ke-11 terkaya dan individu bawah usia 35 tahun terkaya di UK. Dia berusia 25 tahun ketika mewarisi kekayaan dan gelaran daripada bapanya, Gerald Cavendish Grosvenor yang meninggal dunia secara tiba-tiba pada 2016. Duke of Westminster mewarisi berbilion-bilion kekayaan bapanya termasuk harta pusaka di kawasan kejiranan London dan rumah nenek moyangnya di Cheshire, Eaton Hall.

Foto: Instagram

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse