Related Stories
Pada usia 41 tahun, pelakon filem American Woman dan The City of Lost Z, Sienna Miller hamil buat kali kedua.
Kandungannya menjadi bualan apabila dia dirakam sedang bercuti di St. Tropez bersama teman lelakinya Oli Green. Sienna juga mempunyai seorang anak perempuan Marlowe berusia 10 tahun bersama bekas pasangan Tom Sturridge. Menurut temubual bersama British Vogue tahun lalu, Sienna gemar menjadi ibu. Katanya, “Ia perkara terbaik yang saya pernah lakukan.”

Pelakon British Sienna Miller Hamil Anak Kedua
Sienna turut memberitahu Elle U.K. bahawa dia mengambil keputusan untuk membekukan telurnya selepas merasakan tekanan yang besar untuk mempunyai lebih ramai anak pada usia lewat 30-an.
“Biologi sangat kejam terhadap wanita dalam usia tersebut – mungkin sekurang-kurangnya bagi saya. Saya telah capai usia 40-an dan saya membekukan beberapa telur. Saya benar-benar menumpu untuk memiliki bayi sekali lagi, namun bagi saya, jika ia sudah takdir, ia berlaku. Tekanan untuk hamil sekali lagi pun sudah hilang,” katanya.

Malah, Sienna juga pernah berbicara tentang kehidupannya sebagai seorang ibu, mengatakan bahawa anak perempuannya, Marlowe “mencabar” dia “dan ibaratkan cermin sebenar.”
“Apabila anda membesarkan seorang kanak-kanak, anda melihat aspek watak anda dalam diri orang itu, dicerminkan kembali, dan ia satu hubungan yang penuh kasih sayang yang saya miliki,” jelas Sienna.
“Tiada tempat untuk bersembunyi. Dia kenal saya, saya kenal dia,” sambung pelakon ini. “Dia seorang yang degil, sama seperti saya. Saya melihatnya sebagai individu sendiri tetapi saya juga melihat perkara genetik. Dia syurgaku, anak saya.”
Sienna Miller atau nama penuhnya Sienna Rosie Diana Miller memulakan kariernya sebagai model. Dia mula berlakon sejak 2004 untuk filem Layer Cake dan Alfie. Sienna juga terkenal sebagai seorang It-Girl yang mana fesyen bohemiannya yang effortless dan chic sering menjadi ikutan fashionista.
Artikel berkaitan: Rihanna Selamat Bersalin Anak Kedua Secara Rahsia
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
