fb_pixel
✕

Loading media...

Unable to load content
GLAM Junior: Eyka Farhana Bakal Timang Anak Lelaki
5 Pelakon Yang Tidak Lagi Menjadi Teraju Utama Dalam Filem Hollywood
Anak Raja Paling Kacak di Dunia: 9 Pewaris Diraja Yang Menjadi Tumpuan Global
“Ketika saya baharu bermula, saya tidak mempunyai sesiapa yang mempunyai karier muzik yang boleh saya jadikan rujukan. ‘Who do I refer to?’”- Yuna dalam Coach Conversations
SILK: Pameran Skarf Sutera Salvatore Ferragamo
Home > Gaya Hidup > Sultan Ibrahim Ditabal Yang Di-Pertuan Agong Ke-17

Sultan Ibrahim Ditabal Yang Di-Pertuan Agong Ke-17

Tanggal 31 Januari 2024 melakar sejarah buat negara apabila Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar dimasyhur sebagai Agong ke-XVII.

Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan diadakan pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-264 yang dipengerusikan oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Sultan Ibrahim

Balairung Seri, Istana Negara menyaksikan Sultan Ibrahim diangkat secara rasmi sebagai Ketua Utama Negara baru bagi tempoh lima tahun. Istiadat berlangsung penuh tradisi dan adat Raja-Raja Melayu.

Pada istiadat sama, Sultan Nazrin Shah yang merupakan Sultan Perak turut mengangkat sumpah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Pertabalan Sultan Ibrahim Dihujani Ucapan Tahniah

Kedutaan asing di Malaysia tidak melepaskan peluang berkongsi kegembiraan yang dirasai rakyat Malaysia. Di media sosial, duta Amerika Syarikat berkongsi poster Seri Paduka Baginda dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berserta ucapan tahniah.

“Kedutaan AS di Kuala Lumpur menzahirkan tahniah kepada Sultan Ibrahim, Yang di-Pertuan Agong ke-17. #DaulatTuanku #Agong.”

Kedutaan Kanada turut memuat naik poster yang sama di akaun rasmi X. “Tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.”

Pemasyhuran Seri Paduka Baginda adalah bagi menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menamatkan pemerintahannya pada 30 Januari 2024. Baginda ditabal sebagai Agong ke-16 pada 31 Januari 2019.

 

Foto: Bernama

Baca: Mata Pasti Terpikat Dengan Tengku Fahd, Adinda Sultan Pahang